User Manual

51
Butiran Tetapan Nisbah Bidang
Untuk butiran lanjut mengenai bagaimana seting nisbah bidang memberi kesan kepada imej yang
ditayang, lihat “Seting Nisbah Bidang dan Imej Tayangan” (halaman 82).
Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk memasuki Mod Cermin yang menterbalikkan imej
tayangan secara mendatar.
1.
Semasa tayangan dari sumber input sedang dilaksanakan, tekan kekunci
[INPUT].
Ini akan memaparkan menu input. Sumber input yang sedang ditayangkan akan dipilih pada
menu.
2.
Tekan kekunci [] atau [] untuk memasuki Mod Cermin.
Ini akan mengeluarkan menu input dan menterbalikkan imej.
Ikon Mod Cermin akan berada di sudut kanan atas skrin tayangan semasa projektor berada
dalam Mod Cermin.
3.
Untuk keluar dari Mod Cermin, tekan kekunci [ESC].
Menekan sebarang kekunci selain daripada [BLANK], [FREEZE], [D-ZOOM +], [D-ZOOM –],
[VOLUME +] atau [VOLUME –] juga akan menyebabkan terkeluarnya dari Mod Cermin.
Operasi kekunci di bawah didayakan semasa dalam Mod Cermin.
[P], [BLANK], [FREEZE], [D-ZOOM +], [D-ZOOM –], [VOLUME +], [VOLUME –]
Kekunci [VOLUME +] dan [VOLUME –] boleh digunakan untuk melaraskan aras kelantangan
tetapi bukan untuk membisukan audio.
Normal Menayang pada saiz maksimum yang mungkin bagi projektor sambil mengekalkan nisbah bidang
isyarat input.
Penuh Menayang pada saiz maksimum yang mungkin bagi projektor dengan membesarkan atau
mengurangkan isyarat input.
16:9 Seting ini menentukan nisbah bidang 16:9, yang merupakan saiz yang sama bagi skrin filem, TV
definisi tinggi, dsb. Menggunakan seting ini apabila isyarat input adalah imej 16:9 yang telah
dipadatkan menjadi imej 4:3 menyebabkan imej tersebut dipaparkan dengan nisbah bidang 16:9
normalnya.
16:10 Seting ini menetapkan nisbah bidang 16:10. Gunakan seting ini untuk melaraskan imej untuk
penayangan pada skrin yang nisbah bidangnya ialah 16:10.
4:3 Tanpa mengira nisbah bidang isyarat inout, imej akan sentiasa disaizkan semula kepada nisbah
bidang 4:3 untuk tayangan.
Benar Menayangkan setiap titik sumber input sebagai titik piksel output projektor. Jika resolusi isyarat input
melebihi resolusi output projektor, lebihannya akan dipotong. Apabila menayangkan semasa
“Benar”dipilih sebagai tetapan nisbah bidang untuk isyarat RGB dengan resolusi yang kurang
daripada SVGA, imej dibesarkan kepada SVGA dan ditayangkan.
Kotak Surat Dengan model WXGA, ini akan mensaizkan semula imej secara mendatar kepada 1280 titik dan
menayang 800 titik menegak di tengah imej, mengekalkan nisbah bidang isyarat input.
Dengan model WUXGA, ini akan mensaizkan semula imej secara mendatar kepada 1920 titik dan
menayang 1200 titik menegak di tengah imej, mengekalkan nisbah bidang isyarat input.
Menterbalikkan Imej Tayangan Secara Mendatar
(Mod Cermin)