User Manual
49
Untuk menamatkan operasi di bawah, tekan kekunci [ESC].
Operasi Imej dan Audio Asas Semasa Tayangan
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini:
■ Siri XJ-UT
Betulkan pepasak
menegak dan mendatar
secara manual
(KEYSTONE)
1. Apabila tiada menu atau kotak dialog dipaparkan pada skrin tayangan, tekan
kekunci [] atau [] projektor atau kekunci [KEYSTONE +] atau [KEYSTONE –]
alat kawalan jauh.
2. Gunakan kekunci [] dan [] untuk membetulkan pepasak menegak dan kekunci
[] dan [] untuk membetulkan pepasak mendatar.
Kedua-dua herotan pepasak menegak dan mendatar boleh dibetulkan dalam
julat ±5°.
■ Siri XJ-F, Siri XJ-S
Betulkan pepasak
menegak secara manual
(KEYSTONE)
Menggunakan Kekunci Projektor
1. Selepas mengesahkan bahawa menu atau kotak dialog tiada pada skrin tayangan,
tekan kekunci [] atau [] projektor.
2. Gunakan kekunci [] dan [] untuk membetulkan pepasak menegak.
Menggunakan Kekunci Alat Kawalan Jauh
1. Gunakan kekunci [KEYSTONE +] dan [KEYSTONE –] untuk membetulkan pepasak
menegak.
Anda boleh membetulkan imej ini dalam julat ±30°.
Jika “Hidup” dipilih untuk “Seting Opsyen 1 3 Pembetulan Pepasak Auto”
(halaman 63), projektor akan mengesan kecondongan menegak dan
melaksanakan pembetulan pepasak secara automatik.
Zum imej (D-ZOOM) 1. Tekan kekunci [D-ZOOM +] untuk membesarkan bahagian tengah imej yang
ditayangkan.
2. Untuk mengezum masuk pada bahagian tengah imej yang ditayangkan dengan
lebih banyak, tekan kekunci [D-ZOOM +] semula. Untuk mengezum keluar, tekan
kekunci [D-ZOOM –].
3. Semasa imej dizum, gunakan kekunci [], [], [] dan [] untuk menatal paparan
ke bahagian imej yang lain.
Kosongkan imej dan
bisukan audio untuk
seketika (BLANK)
1. Tekan kekunci [BLANK].
Ini akan memutuskan imej dan audio dari sumber input dan menayangkan skrin
yang ditentukan oleh tetapan “Seting Skrin 3 Skrin Kosong” Menu Persediaan
(halaman 62). Jika “Tayangan Mati” ditentukan untuk tetapan “Skrin Kosong”,
cahaya tayangan akan dimatikan pada masa ini.
2. Untuk memulihkan imej dan audio, tekan kekunci [BLANK], [ESC] atau [P].
Ambil perhatian bahawa kekunci [P] hanya boleh digunakan apabila “Tayangan
Mati” dipilih untuk tetapan “Skrin Kosong”.
Pegunkan imej (FREEZE) 1. Tekan kekunci [FREEZE].
Ini akan memegunkan imej sumber input semasa.
2. Untuk kembali ke imej sumber input masa nyata, tekan kekunci [FREEZE] semula
atau tekan kekunci [ESC].
Melaraskan imej secara
automatik (AUTO)
1. Tekan kekunci [AUTO].
Ini akan melaraskan frekuensi dan fasa secara automatik mengikut isyarat input,
yang boleh mengurangkan kerlipan dan masalah imej lain yang ditayangkan.
Operasi ini disokong apabila sumber input ialah Komputer (RGB).










