User Manual

42
Mati Kuasa Auto
Di bawah tetapan lalai awal, Kuasa Dimatikan Auto didayakan dan akan mematikan projektor secara
automatik selepas kira-kira 10 minit tidak beroperasi (tiada operasi utama atau isyarat input). Anda
boleh menggunakan “Seting Opsyen 1 3 Mati Kuasa Auto” (halaman 64) untuk menukar masa
pencetus Kuasa Dimatikan Auto atau untuk menyahdayakan Kuasa Dimatikan Auto.
Tayangan Dimatikan Auto
Tayangan Dimatikan Auto secara automatik mematikan cahaya tayangan apabila isyarat input dari
sumber input hilang semasa tayangan. Cahaya akan dihidupkan semula jika isyarat input dari sumber
input asal dipulihkan dalam masa 20 minit selepas cahaya itu dimatikan. Fungsi ini memudahkan
apabila berbilang komputer bersambung dengan projektor secara selang-seli.
Untuk butiran, lihat “Menggunakan Tayangan Dimatikan Auto” (halaman 47).
Projektor anda boleh menayangkan imej dari sumber input yang diterangkan di bawah.
Resolusi
Bergantung pada model projektor, resolusi tayangannya akan ditetapkan pada XGA
(1024 × 768 piksel), WXGA (1280 × 800 piksel), atau WUXGA (1920 × 1200 piksel). Imej mungkin
kelihatan kasar, teks dan bentuk lain mungkin sukar dibaca atau corak berombak mungkin muncul
apabila isyarat input dari komputer tidak sepadan dengan resolusi tayangan projektor ini. Sekiranya ini
berlaku, cuba lakukan yang berikut.
Ubah tetapan resolusi output komputer supaya ia sepadan dengan resolusi tayangan projektor.
Untuk maklumat tentang resolusi tayangan projektor anda, lihat “Spesifikasi” (halaman 88). Lihat
dokumentasi pengguna yang dibekalkan bersama komputer anda untuk butiran mengenai cara
menukar setingnya.
Ubah tetapan “Nisbah Bidang” kepada “Benar” (Hanya terpakai pada model yang menyokong
resolusi tayangan WXGA atau WUXGA). Dengan tetapan “Benar”, projektor menayangkan isyarat
input pada saiz sebenarnya (1 titik sumber input setara dengan satu titik piksel output projektor).
Untuk maklumat tentang mengkonfigurasi tetapan Nisbah Bidang, lihat “Tukar nisbah bidang imej
yang ditayangkan (ASPECT)” (halaman 50).
Memilih Sumber Input (INPUT)
Sumber Input Penerangan
Komputer (1/2)*
1
Tayangkan isyarat RGB komputer atau isyarat video komponen peranti video yang
disambungkan ke terminal COMPUTER IN (1/2) projektor.*
1
Video Tayangkan isyarat video komposit peranti video yang disambungkan ke terminal
VIDEO projektor.
HDMI (1/2)*
1
Tayangkan isyarat HDMI(PC) komputer atau HDMI(DTV) peranti video yang
disambungkan ke terminal HDMI(1/2) projektor.*
1
Alat USB CASIO*
2
Tayangkan imej skrin kalkulator saintifik (halaman 37).
Rangkaian*
2
Tayangkan imej komputer yang disambungkan ke projektor melalui rangkaian. Untuk
butiran, lihat “Panduan Fungsi Rangkaian” yang berasingan.
Templat Tayangkan imej salah satu templat terbina dalam projektor*
3
(halaman 53).
*1 Bilangan input (terminal input) bergantung pada model projektor anda.
*2 Model rangkaian sahaja
*3 Dengan model rangkaian, anda boleh menambah imej templat. Untuk butiran, lihat “Panduan
Fungsi Rangkaian” yang berasingan.