User Manual
40
Operasi projektor dilakukan menggunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan bersamanya. Halakan
pemancar isyarat alat kawalan jauh pada salah satu penerima isyarat pada projektor apabila anda
melakukan operasi kekunci alat kawalan jauh. Julat maksimum isyarat alat kawalan jauh adalah kira-
kira 5 meter (antara pemancar dan penerima isyarat).
Untuk mengelakkan kehabisan bateri, simpan unit alat kawalan jauh agar kekuncinya tidak
ditekan secara tidak sengaja.
Spesifikasi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Alat Kawalan Jauh
Pemancar isyarat alat kawalan jauh
Mematikan atau menghidupkan kuasa.
Tekan untuk keluar dari menu yang sedang dipaparkan atau
untuk membatalkan operasi.
Kekunci digunakan semasa mengkonfigurasi tetapan ID
kawalan jauh (halaman 56) dan semasa melaksanakan operasi
pemasa kira detik (halaman 56).
Gunakan kekunci kursor ([][][][]) untuk bergerak di
antara item menu dan untuk mengubah nilai tetapan. Tekan
kekunci [ENTER] untuk memilih item menu atau untuk
melaksanakan fungsi.
Tekan setiap kekunci ini untuk melaksanakan fungsinya.
Untuk maklumat tentang fungsi bagi setiap kekunci, lihat
“Mengendalikan Projektor” (halaman 41).










