User Manual
30
Gunakan salur keluar kuasa yang terletak berhampiran supaya anda dapat mencapainya dengan
mudah apabila anda perlu mencabut palam projektor.
Aliran udara dari peralatan penyaman udara boleh meniup haba yang keluar dari kawasan sekitar
lensa projektor dengan cara yang menyebabkan riak haba muncul dalam imej yang ditayangkan.
Sekiranya ini berlaku, laraskan aliran udara peralatan penyaman udara atau alihkan projektor.
Siri XJ-UT
Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 6 sm di antara bahagian hadapan projektor (cahaya
dipancarkan dari situ) dan permukaan tayangan (skrin). Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 30 sm
di antara permukaan dan sisi lain projektor. Seharusnya tidak terdapat objek lain dalam jarak yang
dinyatakan di atas dari projektor. Perhatian khusus diperlukan untuk menjauhkan objek dari bukaan
pengambilan udara dan ekzos projektor.
Siri XJ-F/Siri XJ-S
Jangan letakkan apa-apa objek dalam jarak 30 sm di sekeliling projektor. Perhatian khusus
diperlukan untuk menjauhkan objek dari bukaan pengambilan udara dan ekzos projektor.
Langkah Berjaga-Jaga Persediaan










