User Manual
21
Bersedia
Semasa anda mengeluarkan projektor, semak untuk memastikan semua item yang tersenarai di
bawah disertakan.
Projektor
Alat kawalan jauh wayarles YT-161
Bateri Ujian (saiz AAA × 2)
Kord Kuasa AC
Penutup kabel (Siri XJ-UT sahaja)
Penyesuai wayarles YW-41 (XJ-UT312WN sahaja)
Helaian “Where to find the User’s Guide”
Waranti
Bahagian ini menerangkan aliran operasi sehinggalah tayangan bermula.
1.
Muatkan bateri ujian yang dibekalkan bersama projektor ke dalam alat kawalan
jauh.
Gunakan bateri alkali sahaja untuk membekalkan kuasa pada alat kawalan jauh.
Gunakan bateri seperti yang ditunjukkan oleh rajah kekutuban ( ) di dalam bahagian
bateri.
2.
Tempatkan projektor di atas meja, atau tempat letak yang rata dan tegap, dan
pastikan terdapat ruang yang mencukupi di sekelilingnya.
“Langkah-Langkah Keselamatan” (halaman 7), “Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian”
(halaman 13)
“Meletakkan Projektor di atas Meja atau di atas Lantai” (halaman 28), “Langkah Berjaga-Jaga
Persediaan” (halaman 30)
Anda perlu membeli perkakasan khas untuk melekapkan projektor pada dinding. Untuk butiran,
hubungi penjual tempat anda membeli projektor itu.
3.
Laraskan sudut menegak projektor.
“Melaraskan Sudut Menegak Projektor” (halaman 28)
4.
Gunakan kord kuasa yang dibekalkan untuk memasang projektor pada salur
keluar kuasa.
Mengeluarkan
Aliran Operasi untuk Tayangan










