User Manual
11
Penyesuai wayarles YW-41
Jauhkan penyesuai wayarles daripada
dicapai oleh kanak-kanak kecil.
Menelan tanpa sengaja penyesuai
wayarles mengakibatkan risiko
kelemasan dan kecederaan diri.
Gelombang radio yang dipancarkan
oleh penyesuai wayarles YW-41
Jangan sekali-kali menggunakan
produk ini di dalam kapal terbang atau
kemudahan perubatan, atau di
sebarang lokasi lain di mana
penggunaan peranti seperti ini adalah
dilarang. Gelombang radio boleh
memberi kesan kepada operasi
peralatan elektronik dan peralatan
perubatan, dan mengakibatkan
kemalangan.
Jangan gunakan produk ini di sekeliling
kawasan instrumen elektronik
ketepatan tinggi atau peranti elektronik
yang mengendalikan isyarat radio yang
lemah. Gelombang radio boleh memberi
kesan kepada operasi peralatan seperti
ini, dan mengakibatkan kemalangan.
• Jika anda menggunakan perentak jantung
atau sebarang peranti perubatan elektronik
lain, pastikan anda mendapatkan nasihat
doktor anda atau pengeluar peranti sebelum
menggunakan produk ini.
Jangan gunakan semburan gas mudah
terbakar di kawasan berdekatan
Jangan sembur gas mudah terbakar ke
dalam atau di persekitaran projektor.
Gas tersebut mungkin menyalakan dan
menyebabkan risiko kebarakan.
Kesan pada Peranti Elektronik Lain
Apabila menggunakan produk dalam
kemudahan perubatan atau pesawat
udara, ikuti arahan kakitangan dan
anak kapal tempatan berkenaan
penggunaan peranti yang sedemikian.
Jangan gunakan produk di kawasan
yang melarang penggunaan peranti
sedemikian.
Gelombang elektromagnet dan isyarat
lain yang dipancarkan oleh produk ini
mungkin menjejaskan peralatan
mengukur dan mengakibatkan risiko
kemalangan.
Jangan gunakan produk di sekitar
peralatan elektronik berkejituan tinggi
atau sebarang peralatan elektronik
yang mengendalikan isyarat yang
lemah.
Tindakan ini boleh menyebabkan
kesilapan operasi dan masalah lain
dalam peralatan elektronik dan
mengakibatkan risiko kemalangan.
Jauhkan produk ini dari bahagian dada
mana-mana individu yang dipasang
dengan perentak jantung.
Perentak jantung dan peranti yang
serupa boleh terjejas oleh
keelektromagnetan. Jika terdapat
sesiapa yang dipasang dengan
perentak jantung atau alat perubatan
lain pernah mengalami sebarang
keabnormalan, jauhkan produk itu dan
hubungi doktor.
Kord Kuasa
Patuhi langkah berjaga-jaga di bawah
untuk mengelakkan kebakaran kord
kuasa dan renjatan elektrik.
-
-
-
-
-
Awas
• Masukkan palam kuasa ke dalam salur
keluar sedalam yang boleh.
• Sekurang-kurangnya sekali setahun,
cabut palam kuasa dari salur keluar
kuasa dan gunakan kain yang kering
untuk mengelap sebarang habuk yang
terkumpul dari kawasan di antara gigi
palam.
• Sebelum mengalihkan produk, matikan
dan cabutnya dari salur keluar kuasa.
• Selepas penggunaan, cabut palam
kuasa dari salur keluar kuasa.
• Jika anda tidak merancang untuk
menggunakan produk ini untuk satu
jangka masa yang lama, cabut palam
dari salur keluar kuasa.
• Jangan tarik kord kuasa apabila
mencabut palam kuasa. Pegang
palamnya.
• Jangan gunakan bahan pencuci
semasa membersihkan kord kuasa
terutamanya bahagian palam kuasa
dan bicu.
-
+
*
+
-










