XJ-A147/A247/A257 Panduan Fungsi Rangkaian

77
Halaman Pentadbir Projektor
Halaman Transfer File
Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan
Halaman Pentadbir Projektor tidak muncul
apabila saya cuba mencapainya dari
Network Connection.
Pelayar yang anda gunakan mungkin dikonfigurasikan untuk
menggunakan pelayan proksi. Oleh kerana konfigurasi pelayan
proksi boleh menghalangnya dari mencapai halaman Pentadbir
Projektor, anda perlu mengubah konfigurasi pelayar anda. Untuk
maklumat tentang seting pelayar proksi, lihat dokumentasi bantuan
dan pengguna lain untuk pelayar anda.
Saya terlupa kata laluan log masuk yang
saya tetapkan untuk halaman Pentadbir
Projektor.
Jalankan operasi di bawah “Untuk mengasal seting rangkaian”
(halaman 51) untuk mengembalikan seting rangkaian projektor
kepada lalai asalnya.
Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan
Nama bagi fail yang dimuat naik ke
projektor menggunakan halaman Transfer
File adalah lebih pendek daripada nama fail
sebelum muat naik.
Sehingga 38 aksara bait tunggal boleh dipaparkan untuk nama fail
melalui Pemapar Fail projektor, oleh itu fail yang mempunyai nama
fail yang lebih panjang akan menyebabkan apa-apa aksara yang
melebihi aksara ke-38 dipangkas secara automatik.
Jika anda ingin nama fail yang sama digunakan sebelum dan selepas
muat naik, pastikan ia tidak melebihi 38 aksara.
Sambungan rangkaian telah terputus
semasa fail sedang dimuat naik ke
projektor menggunakan halaman Transfer
File. Sambungan rangkaian telah
diwujudkan semula dengan segera dan fail
yang telah dimuat naik ditunjukkan pada
halaman Transfer File.
Fail yang dimuat naik ke memori dalaman projektor tidak lengkap.
Menggunakan Pemapar Fail untuk menjalankan operasi pada fail
mungkin mengakibatkan sesetengah data fail hilang atau fail
mungkin tidak dipaparkan langsung.
Padam fail daripada memori dalaman projektor dan muat naiknya
semula.
Sambungan rangkaian telah hilang semasa
halaman Transfer File dipaparkan.
Sambungan rangkaian telah diwujudkan
semula dengan segera tetapi senarai fail
pada halaman Transfer File telah kosong.
Ini mungkin disebabkan oleh ralat pengenalan fail sementara. Keluar
dari pelayar web yang anda gunakan untuk memaparkan halaman
Transfer File dan kemudian jalankan operasi di bawah “Untuk melog
masuk ke halaman Transfer File melalui sambungan LAN wayarles”
(halaman 67) atau “Untuk log masuk ke halaman Transfer File melalui
sambungan LAN berwayar (Siri XJ-M Sahaja)” (halaman 69) semula.
Sambungan rangkaian telah hilang semasa
halaman Transfer File dipaparkan.
Sambungan rangkaian telah diwujudkan
semula dengan segera, tetapi fail telah
hilang dari senarai fail memori dalaman
pada halaman Transfer File.
Ini mungkin disebabkan oleh ralat pengenalan fail sementara.
Jalankan langkah di bawah.
(1) Jalankan operasi yang dikehendaki pada projektor untuk keluar
dari Pemapar Fail.
(2) Matikan projektor dan kemudian hidupkannya kembali.
(3) Mulakan Pemapar Fail dan paparkan senarai fail dalam memori
dalaman.
Untuk butiran tentang operasi untuk memaparkan senarai fail
Pemapar Fail dalam memori dalaman, lihat “Memulakan Tayangan
Fail yang Terletak dalam Memori Dalaman Projektor” dalam Panduan
Pengguna.