XJ-A147/A247/A257 Panduan Fungsi Rangkaian
7
Gambaran Keseluruhan Fungsi Rangkaian
Projektor Siri XJ-M menyokong kedua-dua sambungan LAN wayarles dan sambungan LAN berwayar.
Projektor Siri XJ-A menyokong sambungan LAN wayarles sahaja.
z Sambungkan komputer ke projektor melalui LAN wayarles dan tayangkan imej skrin
komputer
Imej skrin komputer boleh ditayang oleh projektor tanpa sambungan kabel. Menyambung projektor
ke komputer melalui titik capaian LAN wayarles membolehkan tayangan ketika komputer
bersambung dengan rangkaian luar (Internet atau Intranet).
z Sambungkan komputer ke projektor melalui LAN berwayar dan tayangkan imej skrin
komputer (Siri XJ-M sahaja)
Komputer boleh disambungkan secara langsung ke projektor melalui kabel, atau secara tidak
langsung melalui penghala untuk tayangan kandungan skrin komputer. Komputer yang kandungan
skrinnya sedang ditayangkan boleh juga disambungkan ke rangkaian luaran (Internet atau intranet).
z Gunakan sambungan LAN wayarles untuk menayang imej skrin dari empat komputer secara
serentak
Imej yang ditayang boleh dibahagikan kepada empat segmen bagi tayangan skrin empat komputer
secara serentak melalui sambungan LAN.
z Gunakan sambungan LAN untuk menayangkan skrin utama atau skrin komputer diperluas
(Network Connection)
Kawasan skrin yang menganjur di luar sebelah kanan desktop yang dipaparkan di komputer riba
boleh ditayang sebagai skrin diperluas.
z Imej main semula filem boleh ditayangkan secara bersendirian sebagai skrin berasingan
melalui sambungan LAN (Network Connection)
Data filem boleh dihantar ke projektor melalui LAN untuk tayangan main semula tanpa keluar dari
paparan desktop normal di komputer.
z Output audio komputer melalui sambungan LAN (Network Connection)
Selain imej skrin komputer, audio komputer juga boleh dikeluarkan oleh projektor.
z Pindahkan fail ke memori dalaman projektor dari komputer yang bersambung melalui LAN
Pelbagai jenis fail boleh dipindahkan dari komputer melalui LAN ke memori dalaman projektor untuk
dimain semula menggunakan Pemapar Fail projektor.
z Kawal projektor dari jauh dari komputer yang bersambung melalui LAN
Penukaran sumber input dan operasi projektor biasa yang lain boleh dilakukan dari komputer yang
bersambung melalui LAN.
z Untuk maklumat lanjut mengenai Network Connection, lihat “Perisian yang Diperlukan untuk
Menggunakan Fungsi Rangkaian” di bawah.
Apa yang anda boleh lakukan dengan fungsi
rangkaian...