XJ-A147/A247/A257 Panduan Fungsi Rangkaian
67
Operasi Pemapar Fail Projektor
Bahagian ini menerangkan bagaimana menggunakan pelayar web untuk mencapai memori dalaman
untuk memuat naik fail dan memadam fail sedia ada. Ia juga memberikan maklumat tentang operasi
Pemapar Fail yang anda boleh jalankan dengan pelayar web.
Anda perlu log masuk ke halaman “Transfer File” untuk memuat naik fail ke memori dalaman
projektor.
Log Masuk ke Halaman Transfer File
Jika terdapat sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer, anda boleh melakukan
operasi Network Connection pada komputer untuk melog masuk ke halaman “Transfer File”.
Dengan projektor Siri XJ-M, anda boleh melog masuk secara terus ke halaman Transfer File melalui
LAN berwayar tanpa menggunakan Network Connection.
Untuk melog masuk ke halaman Transfer File melalui
sambungan LAN wayarles
1.
Lakukan salah satu operasi di bawah untuk menyambungkan komputer ke
projektor melalui LAN wayarles.
z “Bagi menggunakan SSID sambungan ringkas projektor untuk mewujudkan sambungan LAN
wayarles dan menayang” (halaman 12), langkah 1 hingga 9
z “Bagi menggunakan SSID generik projektor untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles dan
menayang” (halaman 15), langkah 1 hingga 11
z “Bagi menggunakan SSID pengguna untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles dan
menayang” (halaman 22), langkah 1 hingga 11 (SSID pengguna sudah dibuat).
2.
Pada tetingkap Network Connection, klik butang menu fungsi dan kemudian klik
[Admin Screen] pada menu yang muncul.
z Ini memulakan pelayar web komputer dan memaparkan halaman atas projektor.
Memuat naik Fail ke Memori Dalaman Projektor
Butang menu fungsi