XJ-A147/A247/A257 Panduan Fungsi Rangkaian

62
Untuk menukar kata laluan bagi melog masuk ke halaman
Pentadbir Projektor
z Prosedur di bawah juga boleh digunakan untuk menukar kata laluan untuk melog masuk ke
halaman “Transfer File” . Untuk maklumat tentang halaman “Transfer File”, lihat “Memuat naik
Fail ke Memori Dalaman Projektor” (halaman 67).
1.
Merujuk kepada “Melog Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor melalui
Sambungan LAN Wayarles” (halaman 53), log masuk ke halaman Pentadbir
Projektor.
2.
Pada anak tetingkap kiri, klik “Change Passwords”.
z Ini akan memaparkan halaman “Change Passwords”.
3.
Di bawah “Projector Admin”, masukkan sehingga lapan aksara bait tunggal
untuk kata laluan baharu ke dalam kedua-dua “New Password” dan “Reinput
Password”. Masukkan kata laluan yang sama ke dalam kedua-dua kotak.
4.
Klik [Apply].
5.
Jika perlu, gunakan langkah bawah untuk menukar kata laluan untuk melog
masuk ke halaman “Transfer File” .
(1) Di bawah “Transfer File”, masukkan kata laluan baharu ke dalam kedua-dua “New Password”
dan “Reinput Password”. Masukkan kata laluan yang sama ke dalam kedua-dua kotak.
(2) Klik [Apply].
6.
Untuk log keluar dari halaman Pentadbir Projektor, klik “Logout”.