XJ-A147/A247/A257 Panduan Fungsi Rangkaian

39
Menggunakan Network Connection
Network Connection merupakan aplikasi yang boleh anda gunakan untuk mewujudkan sambungan
LAN antara projektor dan komputer, dan untuk menghantar imej paparan, filem dan audio dari
komputer yang bersambung ke projektor.
z Penerangan dalam bahagian ini menganggap yang sambungan LAN telah wujud antara
projektor dan komputer, dan yang kandungan skrin komputer sedang ditayang. Sebelum
melakukan prosedur dalam bahagian ini, anda harus menggunakan prosedur di bawah
“Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN” (halaman 9) bagi
mewujudkan sambungan LAN antara projektor dan komputer.
Tetingkap Network Connection yang ditunjukkan di bawah dipaparkan semasa adanya sambungan
LAN antara projektor dan komputer.
Tetingkap Network Connection
Butang Tayang strim video
Kod log masuk
Butang menu fungsi
Butang minimumkan
Butang tutup
Penunjuk tayangan
Butang Henti
Butang Jeda
Butang Tayang skrin PC
Butang Tayang 1 skrin
Butang Tayang 4 skrin