XJ-A147/A247/A257 Panduan Fungsi Rangkaian

27
5.
Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”.
z Ini memaparkan halaman “Network Settings”.
z Input dan seting yang diperlukan di sini dikelilingi oleh sempadan merah. Anda tidak perlu
mengubah seting lain.
z Untuk butiran tentang halaman ini, lihat “Untuk mengkonfigurasikan seting rangkaian halaman
Network Settings” (halaman 60).
6.
Jika butang “Obtain an IP address automatically” kelihatan seperti , klik
untuk mengubahnya kepada .
7.
Jika butang “Auto” dalam kawasan “DHCP Settings” kelihatan seperti , klik
untuk mengubahnya kepada .
8.
Konfigurasikan seting untuk sambungan ke titik capaian LAN wayarles dari
projektor.
(1) Jika butang “Enable” dalam kawasan “External Access Point” kelihatan seperti , klik untuk
mengubahnya kepada .
(2) Klik [Scan Access Point].
z “Select an access point.” dipaparkan dalam kotak “External Access Point SSID”.
(3) Klik butang [T] di sebelah kanan kotak “External Access Point SSID” dan kemudian pilih SSID
titik capaian yang anda mahu sambung di senarai yang muncul.
z Senarai yang muncul apabila anda klik butang [T] menunjukkan titik capaian yang
isyaratnya dikesan oleh projektor pada masa itu, dan sehingga lapan titik capaian yang
pernah disambung sebelum ini.
z Jika anda mahu memasukkan SSID secara manual, pilih opsyen “Enter the key.” pada
senarai. Seterusnya, masukkan SSID yang diingini ke dalam kotak “External Access Point
SSID”.
(4) Dalam kotak “Key”, masukkan frasa laluan atau kekunci WEP titik capaian yang sedang
disambungkan.
z Anda tidak perlu memasukkan apa-apa sekiranya titik capaian yang anda gunakan tidak
memerlukan input frasa laluan atau kekunci WEP.
z Setiap frasa laluan atau aksara kekunci WEP yang anda masukkan ditandakan dengan
asterisk (*) dalam kotak input yang digunakan. Jika anda mahu melihat aksara sebenar yang
anda masukkan, kosongkan kotak semak “Hide characters”.
(5) Untuk menyimpan seting sambungan anda, klik [Apply].
z Jika frasa laluan atau kekunci WEP betul, ia biasanya akan mengambil masa kira-kira satu
minit sehingga beberapa minit untuk mewujudkan sambungan dengan titik capaian.