XJ-A147/A247/A257 Panduan Fungsi Rangkaian

25
Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa
Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan
Komputer
Semasa terdapat sambungan LAN wayarles terus antara projektor dan komputer, projektor boleh
bersambung dengan titik capaian wayarles yang bersambung dengan rangkaian luar (Internet atau
Intranet), tanpa memutuskan sambungan dengan komputer.
z Sambungan jenis ini membolehkan komputer menggunakan perkhidmatan (Internet atau
Intranet) rangkaian yang bersambung melalui titik capaian LAN wayarles atau penghala.
Persekitaran rangkaian yang boleh disambungkan dari komputer bergantung pada titik
capaian LAN wayarles atau penghala.
z Sambungan jenis ini menganggap yang pelayan DHCP berjalan di rangkaian yang memiliki
titik capaian LAN wayarles atau penghala.
Sambungan LAN wayarles
Titik capaian LAN wayarles
(atau penghala)
Sambungan LAN wayarles
Atau sambungan LAN berwayar (Siri XJ-M sahaja)