XJ-A147/A247/A257 Panduan Fungsi Rangkaian

18
12.
Bagi memutuskan sambungan LAN wayarles dan tidak meneruskan tayangan
skrin komputer, klik butang tutup ( ) di sudut kanan atas tetingkap Network
Connection.
z Ini menutup tetingkap Network Connection dan mengembalikan imej tayangan ke skrin
tunggu sedia sambungan LAN.
z Selepas anda melakukan operasi di atas, Network Connection akan mengingati frasa laluan
yang digunakan untuk sambungan terakhir. Disebabkan ini, anda tidak perlu lagi memasukkan
frasa laluan semula jika anda menyambung semula komputer yang sama ke projektor (selagi
SSID tidak berubah).
z Dalam keadaan sambungan LAN wayarles menggunakan SSID generik, seting boleh
dikonfigurasi agar kod log masuk tidak perlu dimasukkan. Untuk maklumat tentang cara
mengkonfigurasi seting, lihat “Untuk mengkonfigurasikan seting rangkaian halaman Control
Panel” (halaman 59).
Menggunakan SSID Pengguna untuk Mewujudkan Sambungan
LAN Wayarles
Anda boleh membuat SSID pengguna dan menggunakannya untuk mewujudkan sambungan LAN
wayarles apabila anda mahu melakukan salah satu perkara berikut: sambungan menggunakan sistem
keselamatan tertentu, menjadikan sambungan lebih selamat, atau bersambung tanpa
mengkonfigurasi seting keselamatan (tanpa frasa laluan atau kod log masuk).
z Untuk membuat SSID pengguna, terlebih dahulu anda perlu mewujudkan sambungan LAN
antara projektor dan komputer menggunakan salah satu kaedah sambungan lain.
z Projektor hanya boleh diperuntukkan satu SSID pengguna pada satu-satu masa. Setiap kali
anda melakukan prosedur di bawah “Untuk membuat SSID pengguna”, SSID pengguna
semasa (jika ada) ditulis ganti oleh yang baharu.
Sambungan LAN wayarles