XJ-A147/A247/A257 Panduan Fungsi Rangkaian

15
Bagi menggunakan SSID generik projektor untuk mewujudkan
sambungan LAN wayarles dan menayang
Operasi Projektor
1.
Sambungkan penyesuai wayarles ke projektor (halaman 10) dan kemudian
hidupkan projektor.
z Sumber input akan bertukar secara automatik kepada sama ada “Wayarles” (Siri XJ-A) atau
“Rangkaian” (Siri XJ-M) dan tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN akan bermula.
z Jika tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN tidak bermula, tekan kekunci [INPUT]. Pada
kotak dialog “Input” yang muncul, gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih sama ada
“Wayarles” (Siri XJ-A) atau “Rangkaian” (Siri XJ-M) dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
2.
Tekan kekunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3
“Seting LAN Wayarles Projektor” 3 “SSID”. Pada kotak dialog yang muncul,
pilih satu daripada yang berikut: casiolpj0101, casiolpj0102, casiolpj0103 atau
casiolpj0104.
z Operasi ini tidak perlu dilakukan sekiranya anda merancang untuk menggunakan hanya satu
projektor tanpa mengubah seting SSID lalai awal (casiolpj0101). Pergi ke langkah 6.
3.
Tekan kekunci [ESC] dua kali untuk kembali ke “Seting Rangkaian”.
4.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Kemas kini Seting Rangkaian” dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
z Ini akan memaparkan kotak dialog pengesahan yang bertanya sama ada anda mahu
mengemas kini seting rangkaian.
5.
Tekan kekunci [S] untuk memilih “Ya”, dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
z Ini mengenakan perubahan SSID kepada projektor dan menutup kotak dialog. Tunggu
sehingga skrin tunggu sedia sambungan LAN mula ditayang semula.
z Jika berbilang projektor sedang digunakan berhampiran, pilih SSID yang berasingan bagi
setiap projektor.