User Manual
9
Bersedia
Bahagian ini menerangkan cara memilih lokasi untuk projektor, cara menyambungkan kabelnya dan
cara melaksanakan operasi lain yang diperlukan sebelum menggunakannya.
Tempatkan projektor di atas meja atau tempat letak yang tegap dan rata. Pastikan anda menyediakan
ruang yang mencukupi di bahagian sisi dan belakang projektor untuk pengaliran udara yang
sempurna. Ilustrasi di bawah menunjukkan bagaimana projektor harus dihalakan berbanding skrin
untuk mendapatkan tayangan optimum.
z Dengan Projektor Siri XJ-A, julat sudut menegak yang dibenarkan apabila menyediakan
projektor ialah ±30 darjah (Rajah 1). Pastikan projektor berada dalam julat ini. Menyediakan
projektor di luar julat sudut menegak ini boleh memendekkan hayat lampu. Tiada had
ditetapkan bagi sudut mendatar projektor ini (Rajah 2).
z Dengan Projektor Siri XJ-M, tiada had ke atas sudut persediaan menegak atau melintang.
Menyediakan Projektor
XJ-A242/XJ-A247/XJ-A252/XJ-A257/
XJ-M241/XJ-M246/XJ-M251/XJ-M256
Model lain
Letakkan projektor supaya sisi lensa berada di tepi meja, dsb. Pastikan projektor berada pada sudut tepat kepada skrin.
Rajah 1 Rajah 2
Skrin
Skrin