User Manual
60
Seting Opsyen 1 3
Mati Kuasa Auto
Nyatakan jumlah masa operasi projektor dan ketidakaktifan isyarat input yang
dibenarkan sebelum Mati Kuasa Auto dicetuskan untuk mematikan kuasa projektor
secara automatik. Mati Kuasa Auto boleh dinyahdayakan, jika anda mahu.
5 min, 10 min*, 15 min, 20 min, 30 min: Masa sehingga Mati Kuasa Auto dicetuskan.
Mati: Menyahdayakan Mati Kuasa Auto.
Seting Opsyen 1 3
Kata Laluan
Lihat “Perlindungan Kata Laluan” (halaman 62).
Seting Opsyen 1 3
Hidup Kuasa Terus
Dayakan (Hidup) dan nyahdayakan (Mati*) hidup kuasa auto projektor sebaik saja
kord kuasa AC projektor dipasangkan ke salur keluar kuasa.
Seting Opsyen 1 3
Bahasa
Nyatakan bahasa paparan.
English, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Sweden, Portugis, Belanda, Norway,
Poland, Finland, Czech, Turki, Rusia, China (Ringkas), China (Tradisional), Korea,
Jepun, Thai, Indonesia, Melayu, Vietnam, Lithuania
z Pengguna Model USB
Apabila menggunakan fungsi model USB tertentu, beberapa menu dan
mesej mungkin dipaparkan dalam bahasa Inggeris, tanpa mengira bahasa
yang dipilih di sini.
Seting Opsyen 1 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Seting Opsyen 1” kepada lalai awal
untuk sumber imej yang sedang ditayangkan.
Seting Opsyen 2 3
Memori Zum
(Siri XJ-A sahaja)
Nyatakan sama ada projektor perlu mengingati seting zum semasa (saiz imej yang
ditayangkan) apabila anda menekan kekunci [P] (Kuasa) untuk mematikan kuasa
projektor.
Pilih “Hidup*” untuk membuatkan projektor mengingati seting zum semasa apabila
[P] (Kuasa) ditekan untuk mematikan kuasa dan pulihkannya apabila kuasa
dihidupkan selepas itu.
Seting Opsyen 2 3
Pasang dan Main
Nyatakan sama ada sumber input projektor perlu menghidupkan secara automatik
(Pasang dan Main: Hidup*) apabila peranti USB luaran yang disokong bersambung
dengan port USB-A projektor.
z Walau apa pun seting item ini, pasang-dan-main dinyahdayakan semasa
projektor berada dalam mod input 3D. Lihat “Mod Input 3D (Siri XJ-M
Sahaja)” di halaman 16 untuk maklumat.
Seting Opsyen 2 3
Audio Keluar
Gunakan submenu ini untuk menetapkan sama ada input audio dari sumber input di
bawah sepatutnya output ke pembesar suara (Pmbsr Sra*) atau output ke destinasi
luaran (Talian)*
1
.
z Pemapar Fail (Audio main semula filem)
z Wayarles atau Rangkaian (Audio filem tayangan strim video)
z Paparan USB
z HDMI
*1 Apabila Talian ditetapkan, projektor Siri XJ-A akan mengeluarkan audio dari
terminal AV, manakala projektor Siri XJ-M akan mengeluarkan dari terminal
AUDIO OUT.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini:
B