User Manual

53
Tiga seting Mod Eko berikut tersedia untuk menentukan sama ada keutamaan harus diberikan kepada
kuasa rendah, operasi rendah hingar atau kepada kecerahan tayangan.
z Semasa “Hidup (Auto)” dipilih sebagai seting Mod Eko, pastikan penderia kecerahan di
bahagian atas projektor tidak dihalang oleh apa-apa benda.
z Persekitaran setempat dan keadaan persediaan memberi kesan kepada penderia kecerahan,
oleh itu operasi semasa “Hidup (Auto)” dipilih untuk Mod Eko bergantung kepada faktor ini.
Untuk memilih Mod Eko
1.
Tekan kekunci [ECO].
z Ini menyebabkan tetingkap “Mod Eko” muncul pada skrin tayangan.
2.
Gunakan kekunci [W] dan [X] untuk memilih seting yang anda mahu.
z Jika anda memilih “Hidup (Manual)” di sini, pergi ke langkah 3. Jika anda memilih seting lain,
lompat ke langkah 4.
3.
Lakukan langkah berikut untuk melaraskan “Aras Eko” (keseimbangan antara
kuasa rendah, operasi senyap dan kecerahan tayangan).
4.
Untuk menyembunyikan tetingkap tersebut, tekan kekunci [ESC].
z Semasa “Mati” dipilih untuk seting Mod Eko anda juga boleh menentukan sama ada
kecerahan atau warna harus diberi lebih penekanan. Untuk maklumat lanjut, lihat “Pelarasan
Imej 1 3 Mod Eko Mati” (halaman 58).
z Aras Mod Eko ditetapkan apabila projektor berada dalam mod input 3D (“Mod Input 3D (Siri
XJ-M Sahaja)”, halaman 16). Disebabkan itu, seting Mod Eko tidak boleh diubah.
Mod Eko (ECO)
Hidup (Auto) : Penderia kecerahan pada bahagian atas projektor mengesan cahaya di
persekitaran, dan secara automatik melaraskan kecerahan dan warna tayangan
mengikut kesesuaian. Kecerahan dikurangkan untuk persekitaran yang lebih gelap,
yang menjimatkan kuasa dan mengurangkan hingar operasi.
Hidup (Manual) : Membolehkan pelarasan manual untuk mengimbangi keperluan kuasa rendah,
operasi senyap dan kecerahan tayangan.
Mati : Memberikan keutamaan tinggi kepada kecerahan tayangan.
1
Tekan kekunci [T] untuk mengalih penonjolan ke Aras Eko.
2
Gunakan kekunci [W] dan [X] untuk melaras Aras Eko kepada seting yang anda mahu.
Tanda yang sedikit memberikan lebih keutamaan kepada kecerahan tayangan. Nombor
yang lebih besar memberikan keutamaan lebih tinggi kepada kuasa rendah dan operasi
senyap.