User Manual
51
Untuk menukar nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT)
Tekan kekunci [ASPECT] untuk mengitar semua seting nisbah bidang untuk imej yang ditayang.
Seting yang tersedia bergantung pada model projektor anda seperti di bawah.
XJ-A242/XJ-A247/XJ-A252/XJ-A257/XJ-M241/XJ-M246/XJ-M251/XJ-M256
Menekan kekunci [ASPECT] akan mengitar semua seting menurut sumber input semasa seperti di
bawah.
XJ-A142/XJ-A147/XJ-M141/XJ-M146/XJ-M151/XJ-M156
Menekan kekunci [ASPECT] akan mengitar semua seting menurut sumber input semasa seperti di
bawah.
Penerangan Setiap Seting
z Untuk butiran lanjut mengenai bagaimana seting nisbah bidang memberi kesan kepada imej
yang ditayang, lihat “Seting Nisbah Bidang dan Imej Tayangan” (halaman 78).
z Apabila menayang semasa “Benar” dipilih sebagai seting nisbah bidang bagi isyarat RGB
dengan resolusi yang kurang daripada SVGA, imej akan dibesarkan kepada saiz SVGA dan
ditayangkan.
z Anda juga boleh menukar nisbah bidang menggunakan seting “Seting Skrin 3 Nisbah
Bidang” Menu Persediaan (halaman 59).
z Ambil perhatian bahawa membesarkan atau mengurangkan saiz imej menggunakan kekunci
[ASPECT] untuk tujuan komersil atau persembahan umum mungkin melanggar hak cipta yang
dilindungi secara sah bagi pemegang hak cipta bahan asal.
Sumber Input Menekan kekunci [ASPECT] akan mengitar semua seting ini:
Video, Komponen, HDMI (DTV) Normal J 16:9 J 4:3 J Kotak Surat
RGB, HDMI (PC) Normal J Penuh J 16:9 J 4:3 J Benar
Sumber Input Menekan kekunci [ASPECT] akan togol antara seting ini:
Video, Komponen, HDMI (DTV) Normal J 16:9 J 4:3
RGB, HDMI (PC) Normal J Penuh J 16:9
Normal: Menayang pada saiz maksimum yang mungkin bagi projektor sambil mengekalkan nisbah
bidang isyarat input.
Penuh: Menayang pada saiz maksimum yang mungkin bagi projektor dengan membesarkan atau
mengurangkan isyarat input.
16:9: Seting ini menentukan nisbah bidang 16:9, yang merupakan saiz yang sama bagi skrin filem,
TV definisi tinggi, dsb. Menggunakan seting ini apabila isyarat input adalah imej 16:9 yang
telah dipadatkan menjadi imej 4:3 menyebabkan imej tersebut dipaparkan dengan nisbah
bidang 16:9 normalnya.
4:3: Tanpa mengira nisbah bidang isyarat inout, imej akan sentiasa disaizkan semula kepada
nisbah bidang 4:3 untuk tayangan.
Benar: Menayang isyarat input pada saiz sebenarnya (1 titik sumber input sama dengan satu titik
piksel output projektor) di tengah skrin tayangan projektor. Jika resolusi isyarat input melebihi
resolusi output projektor, lebihannya akan dipotong.
Kotak Surat: Ini akan mensaizkan semula imej secara mendatar kepada 1280 titik dan menayang 800
dot menegak di tengah imej, mengekalkan nisbah bidang isyarat input.