User Manual

45
Untuk menayang kandungan skrin komputer Mac OS melalui
sambungan USB buat kali pertama
1.
Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”.
2.
Gunakan kekunci [] dan [] untuk memilih “Paparan USB” dan kemudian
tekan kekunci [ENTER].
Ini akan menyebabkan skrin tunggu sedia Paparan USB ditayangkan.
3.
Semasa komputer anda berjalan, gunakan kabel USB yang boleh didapati secara
komersil untuk menyambungkan port USB-B projektor pada port USB komputer
anda.
Lokasi port USB-B projektor ini ditunjukkan oleh “*
2
” dalam ilustrasi di bawah “Menyambung
Kabel Projektor” (halaman 11).
Ini akan menyebabkan ikon pemacu bernama “USB_DISPLAY” muncul pada skrin komputer
anda.
4.
Klik dua kali ikon pemacu “USB_DISPLAY” untuk membukanya.
5.
Klik dua kali “MAC_USB_Display_V2.pkg” dan ikut arahan yang muncul pada
paparan untuk memasang aplikasi.
Mesej yang menggesa anda memulakan semula komputer anda akan muncul selepas
pemasangan lengkap. Mulakan semula komputer anda. Selepas permulaan semula lengkap,
anda akan melihat ikon CASIO USB Display di Dok.
6.
Di Dok, klik ikon CASIO USB Display.
Ini akan memulakan CASIO USB Display, yang akan memaparkan tetingkap yang ditunjukkan
di bawah di komputer anda. Pada masa yang sama, tayangan kandungan skrin komputer
akan bermula.
Untuk maklumat mengenai jenis operasi yang boleh dilakukan pada masa ini, lihat “Operasi
yang Disokong semasa Tayangan melalui sambungan USB” (halaman 46).
Perisian Pemacu Tambahan Mac OS
Dengan Mac OS, penggunaan beberapa fungsi CASIO USB Display memerlukan pemasangan
perisian pemacu seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah. Untuk maklumat mengenai cara
mendapatkan perisian ini, lawati laman web CASIO (https://www.casio-intl.com/support/).
Untuk menggunakan fungsi ini: Pasang perisian pemacu ini:
Fungsi output audio Sound flower
Fungsi output desktop diperluas Syphon-virtual-screen
D