User Manual

36
Penyelesaian Masalah Pemapar Fail
Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan
Pemapar Fail tidak muncul apabila
saya menyambungkan pemacu
kilat USB pada port USB-A
Projektor Data.
z Pemacu kilat USB yang anda sambungkan mungkin mempunyai format
yang tidak dikenali oleh Projektor Data. Sambungkan pemacu kilat USB
pada komputer anda untuk menyemak jika sistem failnya adalah FAT atau
FAT32. Jika ia bukan, format semula pemacu kilat USB kepada FAT atau
FAT32. Ambil perhatian bahawa tindakan ini akan memadam semua data
yang ada dalam pemacu kilat USB.
z Jika “Mati” dipilih untuk seting “Seting Opsyen 2 3 Pasang dan Main”
(halaman 60), Pemapar Fail tidak akan bermula secara automatik
walaupun pemacu kilat USB disambungkan pada port USB-A projektor.
Jika ini berlaku, tukar seting “Pasang dan Main” kepada “Hidup”.
Beberapa folder dan/atau fail tidak
dipaparkan dalam menu fail.
Semua folder dan/atau fail yang terkandung dalam folder tidak akan
dipaparkan jika terdapat lebih daripada 999 folder dan/atau fail dalam folder.
Jika ini berlaku, kurangkan bilangan folder dan/atau fail dalam folder.
Pelbagai peranti disambungkan
pada Projektor Data melalui hab
USB atau pembaca kad USB,
tetapi beberapa peranti tidak
dikenali.
Projektor Data boleh mengecam sehingga empat pemacu. Jika bilangan
pemacu yang disambung lebih daripada empat, Projektor Data tidak akan
mengenali pemacu yang kelima dan seterusnya. Sambungkan peranti
memori sambil memastikan tidak lebih daripada empat pemacu
disambungkan.
Apabila saya menyambungkan
kamera digital saya pada Projektor
Data melalui USB, kandungan
memori kamera digital tidak
kelihatan.
z Seting kelas storan massa USB kamera digital mungkin tidak dikonfigurasi
dengan betul, atau anda mungkin perlu melakukan beberapa operasi pada
kamera. Rujuk dokumentasi pengguna kamera digital anda untuk
maklumat mengenai seting dan operasi yang diperlukan.
z Kamera digital mungkin tidak menyokong kelas storan massa USB. Jika
tidak disokong, anda tidak akan dapat menggunakan Pemapar untuk
melihat kandungan memori kamera digital.
Pada menu fail Mod Slaid, tanda
soal (?) muncul menggantikan
lakaran kecil.
Tanda soal dipaparkan menggantikan lakaran kecil imej yang tidak boleh
ditayang oleh Pemapar Fail.