User Manual

34
Autojalan
Autojalan membenarkan anda mengkonfigurasi projektor untuk menayang secara automatik fail imej
atau fail filem yang terletak dalam folder khas yang dinamakan AUTORUNC. Waktu tayangan auto
dilaksanakan bergantung pada di mana folder AUTORUNC ditempatkan.
Seting yang ditunjukkan di bawah perlu dikonfigurasi sebelum menggunakan Autojalan.
z “Seting Multimedia 3 Autojalan” (halaman 61): Didayakan
z “Seting Opsyen 2 3 Pasang dan Main” (halaman 60): Hidup (Hanya apabila melakukan Autojalan
dari pemacu kilat USB)
z Tayangan Autojalan imej pegun atau fail filem dibuat mengikut seting semasa yang
dikonfigurasi pada skrin “Persediaan Pemapar” (halaman 32).
Untuk tayangan auto fail imej atau fail filem dari pemacu kilat
USB
1.
Buat folder bernama “AUTORUNC” (semua aksara huruf besar bit tunggal)
dalam direktori akar pemacu kilat USB.
2.
Masukkan semua fail imej atau fail filem yang anda mahu tayang auto ke dalam
folder yang anda buat dalam langkah 1.
z Jika anda mahu tayang auto fail filem, letakkan hanya satu fail filem ke dalam folder
“AUTORUNC”. Jangan letakkan sebarang fail lain ke dalam folder tersebut. Sekiranya ada
kedua-dua fail filem dan fail imej dalam folder “AUTORUNC”, fail imej akan diberi keutamaan
dan fail filem tidak akan dimainkan.
z Berbilang fail imej boeh diletakkan dalam folder “AUTORUNC” tanpa sebarang masalah. Jika
berlaku masalah, memasukkan pemacu kilat USB ke dalam projektor dalam langkah 3 di
bawah akan memulakan persembahan slaid imej tersebut.
3.
Apabila kuasa projektor dihidupkan, pasang pemacu kilat USB yang
mengandungi folder “AUTORUNC” yang menyimpan fail yang anda salin dalam
langkah 2 di atas ke dalam port USB-A projektor.
z Ini secara automatik akan memulakan Pemapar Fail dan menayang fail yang anda letak dalam
folder “AUTORUNC” dalam langkah 2 di atas.
Apabila AUTORUNC diletakkan di sini: Autojalan dilakukan pada masa ini:
Memori dalaman Apabila projektor dihidupkan.
Pemacu kilat USB Apabila pemacu kilat USB dipasang pada port USB-A
projektor.