User Manual

27
Menayang Fail
Bahagian ini menerangkan prosedur untuk anda menayang setiap jenis fail menggunakan Pemapar
Fail.
Untuk menayang fail persembahan
1.
Pada skrin utama Pemapar Fail, pilih “Persembahan” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
z Ini memaparkan menu fail persembahan (ECA atau PtG).
2.
Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih fail persembahan yang anda mahu
mainkan dan kemudian tekan kekunci [ENTER] (atau kekunci [ ]).
z Ini akan memulakan main semula fail persembahan yang dipilih.
3.
Lakukan pertukaran halaman dan operasi lain jika perlu.
z Anda boleh melakukan operasi seperti yang diterangkan dalam jadual di bawah semasa main
semula persembahan sedang berjalan.
4.
Untuk kembali ke menu fail, tekan kekunci [ESC].
5.
Untuk kembali ke skrin utama, tekan kekunci [FUNC] dan kemudian kekunci
[ENTER].
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini:
Pergi ke halaman sebelumnya Tekan kekunci [W] atau [ ].
Pergi ke halaman seterusnya Tekan kekunci [X] atau [ ].
Jeda main semula Tekan kekunci [ ].
Sambung semula main semula di
tempat ia dijeda.
Tekan kekunci [ ].
Pergi kembali ke kedudukan
pembatas animasi sebelumnya
Tekan kekunci [S] atau [ ].
Pergi hadapan ke kedudukan
pembatas animasi sebelumnya
Tekan kekunci [T] atau [ ].
Pilih halaman tertentu dari menu
lakaran kecil dan mainkan semula
halaman itu
1. Tekan kekunci [FUNC].
2. Pada menu yang muncul, pilih “Pemilihan Halaman” dan kemudian
tekan kekunci [ENTER].
3. Gunakan kekunci kursor untuk memilih lakaran kecil halaman yang
anda mahu mainkan semula dan kemudian tekan kekunci [ENTER].