User Manual

25
Untuk memulakan tayangan fail yang berada dalam peranti
memori yang bersambung melalui USB
1.
Sambungkan peranti memori yang menyimpan fail yang anda mahu tayangkan
pada port USB-A projektor.
z Jika skrin utama Pemapar Fail muncul secara automatik, terus pergi ke langkah 5 prosedur ini.
Jika tidak muncul, pergi ke langkah 2. Sila ambil perhatian bahawa skrin utama Pemapar Fail
akan muncul secara automatik jika “Hidup” dipilih untuk seting “Pasang dan Main” pada Menu
Persediaan projektor.
2.
Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”.
3.
Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Pemapar” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
4.
Pada kotak dialog yang muncul, sahkan bahawa “Pemapar Fail” dipilih dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
z Ini akan memulakan Pemapar Fail dan memaparkan skrin utama Pemapar Fail.
5.
Bergantung pada jenis fail yang anda mahu tayang, lakukan salah satu operasi di
bawah.
z Skrin yang akan muncul bergantung pada fungsi yang anda pilih.
6.
Gunakan senarai fail yang dipaparkan pada skrin untuk menyemak kandungan
pemacu kilat USB yang anda sambungkan dalam langkah 1 prosedur ini atau
kandungan memori dalaman.
z Jika senarai fail menunjukkan kandungan pemacu kilat USB, pergi ke langkah 8 prosedur ini.
Jika senarai fail menunjukkan kandungan memori dalaman, pergi ke langkah 7.
Untuk menayang jenis fail ini: Lakukan operasi ini:
Fail Persembahan Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Persembahan” dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
Fail PDF Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Pemapar PDF” dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
Fail Imej Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Slaid” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
Fail Filem Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Filem” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
Nama fungsi
Laluan folder