User Manual

23
Menayang Fail dari Peranti Memori Bersambung melalui USB
Gunakan prosedur dalam bahagian ini apabila anda mahu menggunakan Pemapar Fail untuk
menayang fail imej, fail filem, fail persembahan atau fail PDF dari pemacu kilat USB atau peranti
memori lain.
Peranti Memori yang Disokong
Port USB-A Projektor Data menyokong sambungan peranti memori dengan format FAT/FAT32 yang
disokong oleh antara muka USB. Berikut adalah peranti memori yang disokong.
z Pemacu kilat USB
z Kad memori
Pembaca kad USB yang boleh didapati secara komersil diperlukan untuk menyambung kad memori
pada Projektor Data.
z Kamera digital serasi kelas storan USB (Kelas Storan Massa USB)
Untuk menyambung pemacu kilat USB pada projektor
Sambungkan pemacu kilat USB pada port USB-A Projektor Data seperti di bawah.
Siri XJ-A Siri XJ-M