User Manual
22
Untuk memformat memori dalaman projektor
(Pengguna Windows sahaja)
z Melakukan prosedur di bawah akan memadam semua folder dan fail yang ada dalam memori
dalaman projektor.
1.
Lakukan langkah 1 hingga 7 di bawah “Untuk menyalin fail dari komputer ke
memori dalaman projektor” (halaman 19).
2.
Lakukan salah satu prosedur di bawah untuk memformat pemacu “InternalMem”
pada komputer anda.
*Awas
Jangan sekali-kali memformat memori dalaman projektor daripada komputer
yang menjalankan Mac OS. Melakukan demikian boleh menyahdayakan fungsi
USB projektor.
(1) Klik kanan ikon pemacu “InternalMem”. Pada menu yang muncul, pilih “Format”.
(2) Pada kotak dialog “Format” yang muncul, periksa untuk memastikan “FAT32 (recommended)”
dipilih untuk “File system” dan kemudian klik [Start].
(3) Pada kotak dialog amaran yang muncul, klik bebutang [OK].
(4) Apabila kotak dialog yang memaklumkan pemformatan telah selesai muncul, klik [OK] untuk
menutupnya.
(5) Klik [Close] untuk menutup kotak dialog format.
B