User Manual

20
9.
Salin fail yang anda mahu tayangkan ke pemacu “InternalMem”.
10.
Selepas anda menyalin semua fail yang anda mahukan, lakukan salah satu
operasi di bawah untuk menyahlekap pemacu “InternalMem” .
11.
Tanggalkan kabel USB dari projektor dan komputer.
12.
Hidupkan projektor semula.
z Ini memberhentikan operasi fungsi storan dalaman dan kembali kepada tayangan normal.
z Untuk maklumat mengenai cara menayang fail yang disalin ke memori dalaman projektor, lihat
“Memulakan Tayangan Fail yang Terletak dalam Memori Dalaman Projektor” (halaman 21).
z Perkara di atas ditunjukkan cuma sebagai contoh biasa operasi penyalinan fail pada
komputer. Langkah sebenar yang perlu anda lakukan mungkin berbeza sedikit mengikut
sistem pengendalian dan persediaan komputer anda.
z Jika “Hidup” dipilih untuk “Kata Laluan Storan Dalaman” pada menu seting, kotak dialog input
kata laluan akan muncul apabila anda menekan kekunci [ENTER] dalam langkah 3 prosedur di
atas. Jika ini berlaku, masukkan kata laluan yang sesuai dan kemudian tekan kekunci [ENTER]
untuk pergi ke langkah 4 prosedur itu. Untuk butiran, lihat “Perlindungan Kata Laluan”
(halaman 62).
Windows:
Klik ikon “Safely Remove Hardware” (Alih Keluar Perkakasan Dengan Selamat) dalam dulang
tugas (di sudut kanan bawah skrin). Pada menu yang muncul kemudiannya, pilih “USB Flash
Drive” (Pemacu Kilat USB). Periksa untuk memastikan mesej “Safe To Remove Hardware”
(Selamat Untuk Mengalih Keluar Perkakasan) muncul.
Mac OS:
Seret ikon pemacu “InternalMem” ke ikon tong sampah. Periksa untuk memastikan ikon pemacu
“InternalMem” tiada lagi di desktop Mac.
C