User Manual

16
Projektor anda menyokong penayangan imej 3D. Untuk menayangkan imej 3D, mula-mula masukan
mod input 3D projektor, dan kemudian pilih sumber input.
z Cermin mata 3D (YA-G30) yang tersedia secara berasingan diperlukan untuk melihat imej 3D
yang ditayangkan dalam bentuk 3D.
z Perisian khusus (CASIO 3D Converter) yang tersedia secara berasingan diperlukan untuk
menayangkan imej 3D dengan projektor apabila komputer (RGB analog) menjadi sumber
input.
z Tayangan imej 3D tidak disokong melalui sambungan HDMI atau sambungan video
komponen.
Sumber input yang diterangkan di bawah boleh dipilih untuk penayangan dalam Mod Input 3D.
Lihat “Isyarat 3D (Mod Input 3D)” (halaman 82) untuk senarai isyarat imej 3D yang disokong oleh
projektor ini.
Memasukkan Mod Input 3D
1.
Tekan kekunci [INPUT] untuk memaparkan skrin pilihan sumber input.
2.
Pilih Komputer (RGB), S-video, atau Video sebagai sumber input.
3.
Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk mengalihkan penonjolan kepada “Ke mod
input 3D” dan tekan kekunci [ENTER].
z Ini memasukkan mod input 3D dan menutup skrin pilihan sumber input.
z Anda tidak boleh memilih HDMI, Pemapar Fail, Alat USB CASIO, Rangkaian, atau Paparan
USB sebagai sumber input dalam mod input 3D. Untuk menggunakan mana-mana sumber
input ini, tukar seting sumber input balik kepada mod input biasa.
z Apabila Komputer dipilih sebagai sumber input dalam mod input 3D, input isyarat video
komponen melalui terminal MASUK KOMPUTER projektor dilihat sebagai isyarat RGB yang
mengakibatkan tayangan imej yang tidak normal.
z Kecuali apabila menggunakan projektor untuk tayangan imej 3D, anda harus membiarkannya
dalam mod input normal.
Mod Input 3D (Siri XJ-M Sahaja)
Sumber Input Syarat Penayangan
Komputer (RGB Analog) z Mana-mana jenis data imej 3D berikut dimainkan semula menggunakan perisian
khusus (CASIO 3D Converter) yang tersedia secara berasingan.
Fail imej 2D diubah kepada fail imej 3D menggunakan CASIO 3D Converter
Fail format 3D sebelah-menyebelah
z Isyarat dengan frekuensi imbasan menegak 60Hz/120Hz
Video Komposit, S-video z Fail format 3D jujukan medan dirakam dengan perisian DVD jujukan medan, dsb.
z Isyarat dengan frekuensi imbasan menegak 60Hz