User Manual
15
Untuk memilih sumber input
1.
Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”.
2.
Bergantung pada sumber input, lakukan salah satu operasi yang diterangkan
dalam jadual di bawah.
z Nama sumber input yang anda pilih akan muncul di sudut kanan atas pada skrin projektor
selama beberapa saat.
z Mesej “Tiada input isyarat” akan muncul sekiranya tiada isyarat input dikesan.
z Untuk maklumat lanjut mengenai operasi yang diperlukan untuk memilih Wayarles, Rangkaian,
Paparan USB, Pemapar Fail, atau Alat USB CASIO sebagai sumber input dan melakukan
tayangan, rujuk maklumat berikut.
Resolusi
Bergantung pada model projektor, resolusi videonya akan ditetapkan pada XGA (1024 × 768 piksel)
atau WXGA (1280 × 800 piksel). Imej mungkin kelihatan kasar, teks dan bentuk lain mungkin sukar
dibaca atau corak berombak mungkin muncul apabila isyarat input dari komputer tidak sepadan
dengan resolusi video projektor ini. Sekiranya ini berlaku, cuba lakukan yang berikut.
z Tukar seting resolusi output komputer supaya ia sepadan dengan resolusi video projektor.
Untuk maklumat mengenai resolusi video projektor anda, lihat “Spesifikasi” dalam Panduan
Penyediaan. Lihat dokumentasi pengguna yang dibekalkan bersama komputer anda untuk butiran
mengenai cara menukar setingnya.
z Tukar seting “Nisbah Bidang” kepada “Benar” (Terpakai untuk model yang menyokong resolusi
video WXGA sahaja). Dengan seting “Benar”, projektor menayangkan isyarat input pada saiz
sebenar (1 titik sumber input sama dengan satu titik piksel output projektor).
Untuk maklumat mengenai cara mengkonfigurasi seting Nisbah Bidang, lihat “Untuk menukar
nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT)” (halaman 51).
Untuk memilih sumber input ini: Lakukan operasi ini:
Komputer, Video,
S-Video (Siri XJ-M), HDMI,
Wayarles (Siri XJ-A),
Rangkaian (Siri XJ-M), Paparan USB
Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih nama sumber input
yang anda mahu pilih dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
Pemapar Fail 1. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Pemapar” dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
2. Pada kotak dialog yang muncul, sahkan bahawa “Pemapar Fail”
dipilih dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
Alat USB CASIO 1. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Pemapar” dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
2. Tekan kekunci [T] untuk memilih “Alat USB CASIO” dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
Wayarles atau Rangkaian: Panduan Fungsi Rangkaian yang Berasingan
Paparan USB: “Menayang dengan Fungsi Paparan USB (Model USB Sahaja)” (halaman 43)
Pemapar Fail: “Menayang dengan Pemapar Fail (Model USB Sahaja)” (halaman 18)
Alat USB CASIO: “Menayang Imej Skrin Kalkulator Graf (Model USB Sahaja)” (halaman 48)