User Manual
14
Menayang Imej
Bahagian ini menyediakan maklumat tentang cara menayang imej daripada pelbagai sumber input
yang berbeza.
Pemilihan sumber input menyediakan pilihan yang diterangkan dalam jadual di bawah.
Memilih Sumber Input
Nama Sumber Input Imej Tayangan Output (dan Audio)
Komputer Imej skrin komputer yang bersambung pada terminal komputer projektor.
Video Siri XJ-A: Imej dan audio dari peranti video yang bersambung pada terminal AV
projektor.
Siri XJ-M:Imej dan audio dari peranti video yang bersambung pada terminal VIDEO
dan terminal AUDIO MASUK R/L projektor.
S-Video (Siri XJ-M) Imej dan audio dari peranti video yang bersambung pada terminal S-VIDEO dan
terminal AUDIO MASUK R/L projektor.
HDMI Imej dan audio dari komputer atau peranti video yang bersambung pada terminal
HDMI projektor.
Pemapar Fail Imej (dan audio dalam kes fail filem) yang terkandung dalam jenis fail berikut yang
terletak dalam memori dalaman projektor atau pada peranti memori yang
bersambung pada port USB-A projektor: fail imej, fail filem, fail persembahan, fail
PDF.
Alat USB CASIO Kandungan skrin kalkulator saintifik grafik CASIO atau kamus elektronik yang
disambungkan pada port USB-A projektor.
Wayarles (Siri XJ-A) Kandungan skrin dan audio komputer yang bersambung pada projektor melalui LAN
wayarles.
Rangkaian (Siri XJ-M) Kandungan skrin dan audio komputer yang bersambung pada projektor melalui LAN
wayarles atau LAN berwayar
Paparan USB Kandungan skrin dan audio komputer yang bersambung pada port USB-B projektor.