User Manual
12
Operasi projektor dilakukan menggunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan bersamanya. Halakan
pemancar isyarat alat kawalan jauh pada salah satu penerima isyarat pada projektor apabila anda
melakukan operasi kekunci alat kawalan jauh. Julat maksimum isyarat alat kawalan jauh adalah
kira-kira 5 meter (antara pemancar dan penerima isyarat).
z Untuk mengelakkan kehabisan bateri, simpan unit alat kawalan jauh agar kekuncinya tidak
ditekan secara tidak sengaja.
Alat Kawalan Jauh
1 Pemancar isyarat alat kawalan jauh
2 Kekunci [P] (Kuasa)
Menghidupkan atau mematikan kuasa.
3 Kekunci [INPUT]
Untuk menukar sumber input.
4 Kekunci untuk melakukan operasi tayangan dan untuk
mengkonfigurasi seting projektor.
(Hanya projektor Siri XJ-A mempunyai kekunci [ZOOM –],
[ZOOM +], [FOCUST], [FOCUSS].)
5 Kekunci ini digunakan dengan model USB sahaja. Ia
digunakan terutamanya untuk operasi tayangan Pemapar Fail
(halaman 27).
1
2
3
4
5