Panduan Persediaan

MS-11
Panduan Cepat
Bahagian ini menerangkan aliran operasi sehinggalah tayangan bermula.
Untuk lebih banyak operasi individu, lihat Panduan Pengguna (UsersGuide.pdf).
1. Masukkan bateri ke dalam alat kawalan jauh.
“Untuk memuatkan bateri alat kawalan jauh” (Panduan Pengguna)
2. Tempatkan projektor di atas meja, atau tempat letak yang rata dan tegap, dan
pastikan terdapat ruang yang mencukupi di sekelilingnya.
“Menyediakan Projektor”, “Langkah Berjaga-Jaga Persediaan” (Panduan Pengguna)
z Pastikan juga anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” (halaman MS-1) dan “Langkah
Berjaga-Jaga Pengendalian” (halaman MS-6).
3. Dengan merujuk ilustrasi pada halaman MS-10, laraskan sudut menegak projektor.
1 Angkat bahagian hadapan projektor dan tekan butang pelepas. Ini menyebabkan kaki hadapan
jatuh dari bahagian bawah projektor.
2 Sambil menahan butang pelepas, naikkan dan turunkan bahagian hadapan projektor. Apabila kaki
hadapan berada pada ketinggian yang anda mahu, lepaskan butang pelepas. Kaki hadapan akan
terkunci pada kedudukan itu.
3 Buat pelarasan kecil pada dongakan melintang projektor dengan memutar kaki belakang.
4. Gunakan kord kuasa yang dibekalkan untuk memasang projektor pada salur keluar
kuasa.
5. Sambungkan projektor pada peranti output imej dan hidupkan peranti itu.
“Menyambung Kabel Projektor” (Panduan Pengguna)
6. Buka penutup lensa projektor.
7. Tekan kekunci [P] (Kuasa) untuk menghidupkan projektor.
z Apabila anda menghidupkan projektor buat pertama kali, tetingkap “Bahasa” akan muncul di
bahagian tengah skrin tayangan. Pilih bahasa yang anda mahu.
8. Gunakan kekunci [INPUT] untuk memilih sumber input.
“Memilih Sumber Input” (Panduan Pengguna)
9. Pada alat kawalan jauh, gunakan kekunci [ZOOM +] dan [ZOOM –] untuk
melaraskan saiz imej yang ditayangkan.
10.
Pada alat kawalan jauh, gunakan kekunci [FOCUS e] dan [FOCUS r] untuk
melaraskan fokus imej.
11.
Setelah anda selesai membuat tayangan, tekan kekunci [P] (Kuasa).
z Ini akan menyebabkan mesej pengesahan penutupan kuasa muncul. Tekan kekunci [P] (Kuasa)
sekali lagi untuk mematikan projektor.
z Produk ini juga direka untuk sistem pengagihan kuasa IT dengan voltan 230 V fasa ke fasa.
Jika anda mengalami sebarang masalah semasa mengendalikan projektor atau jika anda rasa bahawa
projektor tidak beroperasi dengan betul, rujuk bahagian “Penyelesaian Masalah” di dalam Panduan
Pengguna (UsersGuide.pdf).
Jika anda menghadapi masalah...