Panduan Persediaan
MS-9
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
● Pembetulan Pepasak dan Kualiti Imej
Melakukan pembetulan pepasak menyebabkan imej dimampatkan sebelum ia ditayangkan. Ini boleh
mengakibatkan berlaku herotan pada imej atau pengurangan kualiti imej. Jika ini berlaku, tukar orientasi
projektor dan/atau skrin supaya ia mematuhi ilustrasi di bawah “Menyediakan Projektor” di dalam
Panduan Pengguna sebanyak mungkin.
Jika kualiti imej merupakan keutamaan tertinggi, matikan pembetulan pepasak auto dan kedudukan
projektor supaya ia tertumpu terus ke skrin.
z Jika sekali pun projektor anda masih di dalam tempoh waranti, anda akan dikenakan bayaran untuk
membaik pulih jika masalah disebabkan oleh penggunaan projektor tanpa henti dalam jangka masa
panjang (seperti 24 jam) atau jika projektor disediakan dan digunakan tanpa mengikut “Langkah
Berjaga-Jaga Persediaan” di dalam Panduan Pengguna.
z Penggunaan di dalam keadaan suhu persekitaran yang tinggi atau persekitaran yang terdedah kepada
habuk, asap minyak, asap tembakau, atau asap lain yang banyak boleh memendekkan kitaran
penggantian dan memerlukan penggantian enjin optikal dan komponen lain yang lebih kerap. Sila
ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan bayaran untuk penggantian seperti itu. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang kitaran penggantian dan yuran, hubungi pusat servis CASIO
yang bertauliah.
Bolong ekzos projektor dan kawasan sekitar bolong menjadi
sangat panas semasa beroperasi, dan akan masih panas sebaik
saja projektor dimatikan. Oleh itu, anda perlu pegang kedua-dua
sisi projektor seperti yang ditunjukkan di dalam ilustrasi apabila
mengalihkannya.
Pastikan projektor tidak lagi panas sebelum memasukkannya ke dalam beg.
z Bersihkan bahagian luaran projektor, lensa, bolong masuk dan bolong ekzos secara berkala dan
tetap.
z Apabila membersihkan lensa, jangan kenakan tekanan yang berlebihan dan berhati-hati untuk
mengelak daripada merosakkannya.
z Habuk dan kotoran mudah terkumpul di sekitar bolong masuk. Oleh itu, anda harus gunakan
pembersih hampagas untuk membersihkan habuk dan kotoran yang terkumpul secara berkala.
z Penggunaan projektor yang berterusan setelah habuk terkumpul di sekitar bolong masuk boleh
menyebabkan kepanasan berlebihan pada komponen dalaman dan menyebabkan malfungsi.
z Keadaan operasi tertentu juga boleh menyebabkan kotoran dan habuk berkumpul di sekitar bolong
ekzos projektor. Jika ini berlaku, gunakan prosedur yang sama seperti yang diterangkan di atas untuk
membersihkan bolong ekzos.
Langkah Berjaga-Jaga apabila Mengendalikan Projektor
selepas Digunakan
Menyimpan Projektor di dalam Beg Untuk Membawa
Membersihkan Projektor