User Manual

MS-9
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
Pembetulan Pepasak dan Kualiti Imej
Melakukan pembetulan pepasak menyebabkan imej dimampatkan sebelum ia ditayangkan. Ini boleh mengakibatkan
berlaku herotan pada imej atau pengurangan kualiti imej. Jika ini berlaku, tukar orientasi projektor dan/atau skrin
supaya ia mematuhi ilustrasi di bawah “Menyediakan Projektor” di dalam Panduan Pengguna sebanyak mungkin.
Jika kualiti imej merupakan keutamaan tertinggi, matikan pembetulan pepasak auto dan kedudukan projektor
supaya ia tertumpu terus ke skrin.
z Jika sekali pun projektor anda masih di dalam tempoh waranti, anda akan dikenakan bayaran untuk
membaik pulih jika masalah disebabkan oleh penggunaan projektor tanpa henti dalam jangka masa
panjang (seperti 24 jam) atau jika projektor disediakan dan digunakan tanpa mengikut “Langkah
Berjaga-Jaga Persediaan” di dalam Panduan Pengguna.
z
Penggunaan di dalam keadaan suhu persekitaran yang tinggi atau persekitaran yang terdedah kepada
habuk, asap minyak, asap tembakau, atau asap lain yang banyak boleh memendekkan kitaran
penggantian dan memerlukan penggantian enjin optikal dan komponen lain yang lebih kerap. Sila ambil
perhatian bahawa anda akan dikenakan bayaran untuk penggantian seperti itu. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang kitaran penggantian dan yuran, hubungi pusat servis CASIO yang bertauliah.
Patuhi langkah berjaga-jaga di bawah. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan bateri meletup atau kebocoran cecair atau gas mudah terbakar.
Bolong ekzos projektor dan kawasan sekitar bolong menjadi
sangat panas semasa beroperasi, dan akan masih panas sebaik
saja projektor dimatikan. Oleh itu, anda perlu pegang kedua-dua
sisi projektor seperti yang ditunjukkan di dalam ilustrasi apabila
mengalihkannya.
Pastikan projektor tidak lagi panas sebelum memasukkannya ke dalam beg.
z
Bersihkan bahagian luaran projektor, lensa, bolong masuk dan bolong ekzos secara berkala dan tetap.
z Apabila membersihkan lensa, jangan kenakan tekanan yang berlebihan dan berhati-hati untuk
mengelak daripada merosakkannya.
z Habuk dan kotoran mudah terkumpul di sekitar bolong masuk. Oleh itu, anda harus gunakan
pembersih hampagas untuk membersihkan habuk dan kotoran yang terkumpul secara berkala.
z Penggunaan projektor yang berterusan setelah habuk terkumpul di sekitar bolong masuk boleh
menyebabkan kepanasan berlebihan pada komponen dalaman dan menyebabkan malfungsi.
z Keadaan operasi tertentu juga boleh menyebabkan kotoran dan habuk berkumpul di sekitar bolong
ekzos projektor. Jika ini berlaku, gunakan prosedur yang sama seperti yang diterangkan di atas untuk
membersihkan bolong ekzos.
*
Langkah Berjaga-jaga Bateri
z Guna jenis bateri yang dikhususkan untuk produk ini sahaja.
z Jangan bakar atau hapuskan bateri dalam insinerator, atau melalui penghancuran atau
pemotongan mekanikal.
z Jangan biarkan bateri terdedah kepada suhu yang teramat tinggi atau rendah semasa digunakan,
disimpan atau dipindahkan.
z Jangan biarkan bateri terdedah kepada tekanan biometrik yang teramat rendah semasa
digunakan, disimpan atau dipindahkan.
Langkah Berjaga-Jaga apabila Mengendalikan Projektor
selepas Digunakan
Menyimpan Projektor di dalam Beg Untuk Membawa
Membersihkan Projektor
F