User manual - EXH50_ZS200_M29_FA (Malay (macrolanguage))

60
Tetapan Lanjutan
[r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Antigoncang
Anda boleh menghidupkan ciri Antigoncang kamera untuk mengurangkan kekaburan
imej disebabkan oleh pergerakan subjek atau pergerakan kamera semasa merakam
subjek bergerak menggunakan telefoto, apabila merakam subjek yang bergerak
pantas atau apabila merakam di bawah keadaan pencahayaan kelam.
Kamera digital anda dilengkapi dengan ciri pembetulan goncang kamera jenis
anjakan CCD dan ciri kabur anti imej kepekaan tinggi. Kedua-dua ciri ini berfungsi
dalam konsert untuk meminimumkan kesan pergerakan tangan dan subjek.
Antigoncang dinyahdaya semasa rakaman filem.
Kepekaan ISO, bukaan dan kelajuan pengatup tidak muncul pada skrin monitor
apabila anda menekan butang pengatup sehingga separuh semasa “Hidup” dipilih.
Namun nilai ini akan muncul sebentar, dalam pratonton imej yang dipaparkan
sejurus selepas anda merakam syot kilat.
Penggambaran semasa “Hidup” dipilih boleh menyebabkan imej kelihatan agak
kasar daripada biasa dan boleh menyebabkan sedikit kemerosotan resolusi imej.
Antigoncang mungkin tidak boleh menghapuskan kesan pergerakan kamera atau
subjek apabila pergerakan terlalu kencang.
Antigoncang mungkin tidak berfungsi dengan baik apabila kamera dipasang pada
tripod. Matikan Antigoncang.
Antigoncang tidak boleh digunakan bersama ciri berikut.
Beberapa pemandangan BEST SHOT
Mengurangkan Kesan Pergerakan Kamera dan Subjek
(Anti Goncang)
Tetapan
Paparan Ikon
Skrin RKM
Penerangan
Hidup
Meminimumkan kesan pergerakan tangan dan
subjek.
Mati Tiada Matikan tetapan Antigoncang.
DEMO
Menekan separa butang pengatup menunjukkan
kesan Antigoncang. Walau bagaimanapun, imej
tidak terakam.