User manual - EXH50_ZS200_M29_FA (Malay (macrolanguage))

58
Tetapan Lanjutan
[r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Lampu Bantuan AF
Menekan separuh butang pengatup semasa seting ini dipilih
akan menyebabkan lampu hadapan menyala, yang memberikan
pencahayaan untuk fokus di kawasan yang cahayanya malap.
Membiarkan fungsi ini dimatikan disarankan apabila merakam
potret dari jarak dekat, dsb.
Jangan melihat secara terus kepada lampu hadapan ketika ia
menyala.
Pastikan jari anda tidak menutup lampu hadapan.
[r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Pengecaman Muka
Apabila menangkap gambar orang, ciri pengecaman muka mengesan sehingga
sepuluh muka individu dan melaras fokus dan kecerahan sewajarnya.
1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hidup” dan kemudian tekan
[SET].
2. Halakan kamera pada subjek.
Kamera akan mengesan muka manusia dan
memaparkan rangka di sekeliling setiap muka.
3. Tekan butang pengatup sehingga separuh.
Kamera akan memfokus dan bingkai di sekeliling
muka yang difokuskannya bertukar hijau.
4. Tekan butang pengatup sepenuhnya.
Menggunakan Lampu Bantuan Auto Fokus
(Lampu Bantuan AF)
Menggunakan Pengecaman Muka (Pengecaman Muka)
Lampu
hadapan
Ikon Pengecaman Muka