User manual - EXH50_ZS200_M29_FA (Malay (macrolanguage))

50
Menggunakan BEST SHOT
5. Tekan [SET] untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi
pemandangan yang sedang dipilih.
Ini mengembalikan ke mod RKM.
Tetapan pemandangan yang telah anda pilih kekal digunakan sehingga anda
memilih pemandangan lain.
Untuk memilih pemandangan BEST SHOT yang berbeza, ulangi prosedur di
atas daripada langkah 1.
6. Tekan butang pengatup (jika anda merakam syot kilat) atau [0] (Filem)
(jika anda merakam filem).
Untuk kembali kepada mod rakaman auto, tetapkan dail mod kepada [t]
(Auto) atau [Ÿ] (Auto Premium).
. Menggunakan Skrin Maklumat Pemandangan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemandangan,
pilih pemandangan menggunakan sempadan pada skrin
pemilihan pemandangan, dan kemudian putar pengawal
zum ke mana-mana arah.
Untuk kembali ke menu pemandangan, putar pengawal
zum semula.
Untuk menatal antara pemandangan, gunakan [
4
] dan [
6
].
Untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi
pemandangan yang sedang dipilih, tekan [SET].
. Peringatan BEST SHOT
Beberapa pemandangan BEST SHOT tidak boleh digunakan semasa merakam filem.
Pemandangan “Untuk YouTube” tidak boleh digunakan semasa merakam syot kilat.
Pemandangan BEST SHOT YouTube menyediakan kamera untuk rakaman filem
yang dioptimumkan untuk muat naik ke YouTube. Filem yang dirakam dengan
pemandangan YouTube disimpan dalam folder khas untuk memudahkannya
ditemui bagi memuat naik (halaman 93).
Kamera anda menyertakan sampel pemandangan yang mengoptimumkan tetapan
untuk imej laman lelongan. Bergantung pada model kamera anda, sampel
pemandangan dinamakan sama ada “Untuk eBay” atau “Lelongan”. Imej yang
anda rakam menggunakan sampel pemandangan laman lelongan disimpan dalam
folder khas supaya anda mudah mencarinya pada komputer anda (halaman 93).
Kepekaan Tinggi
Tetapan kepekaan tinggi dinyahdaya apabila denyar kamera nyala.
Pemekaan tinggi mungkin tidak menghasilkan keputusan yang diinginkan dalam
keadaan yang amat gelap.
Apabila menangkap gambar dengan kelajuan pengatup perlahan, gunakan tripod
untuk melindungi daripada kekaburan disebabkan oleh pergerakan kamera.
Di bawah keadaan pencahayaan tertentu, kamera akan melakukan operasi
penapisan hingar automatik untuk mengurangkan hingar digital dalam imej.
Operasi ini menyebabkan kamera mengambil masa lebih lama daripada biasa
untuk menyimpan imej dan bersedia untuk tangkapan seterusnya.
Imej pemandangan BEST SHOT tidak ditangkap menggunakan kamera ini.