User manual - EXH50_ZS200_M29_FA (Malay (macrolanguage))
30
Asas Mula Pantas
. Untuk memadam fail tertentu
1. Tekan [ ] (Padam).
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam Fail” dan kemudian tekan
[SET].
• Ini memaparkan skrin permilihan fail.
3. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk menggerakkan sempadan
pemilihan ke fail yang anda mahu padam dan kemudian tekan [SET].
• Ini akan memilih kotak semak fail yang sedang dipilih.
4. Ulang langkah 3 untuk memilih fail lain, jika anda mahu. Setelah anda
selesai memilih fail, tekan [ ] (Padam).
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Ya” dan kemudian tekan [SET].
• Ini memadam fail yang anda pilih.
• Untuk keluar daripada operasi padam, tekan [ ] (Padam).
. Untuk memadam semua fail
1. Tekan [ ] (Padam).
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam Semua Fail” dan
kemudian tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Ya” dan kemudian tekan [SET]
untuk memadam semua fail.
Ini akan menyebabkan mesej “Tiada fail.” muncul.
Operasi
• Jangan buka penutup bateri semasa lampu belakang berkelip hijau. Perbuatan ini
akan menyebabkan imej yang baru anda tangkap tidak disimpan dengan betul,
kerosakan pada imej lain yang disimpan dalam memori dan kerosakan kamera,
dsb.
• Jika cahaya yang tidak diingini memancar terus pada kanta, lindung kanta dengan
tangan anda semasa menangkap imej.
Skrin Monitor semasa Tangkapan Syot kilat
• Keadaan kecerahan subjek boleh melambatkan tindak balas skrin monitor dan
boleh menyebabkan hingar digital pada imej skrin monitor.
• Imej yang muncul pada skrin monitor ialah untuk penggubahan imej. Imej sebenar
akan dirakam pada kualiti yang telah ditetapkan untuk tetapan kualiti imej
(halaman 63).
Peringatan Tangkapan Syot Kilat