User manual - EXH50_ZS200_M29_FA (Malay (macrolanguage))
29
Asas Mula Pantas
Jika memori telah penuh, anda boleh memadam tangkapan gambar dan filem yang
tidak lagi anda perlukan untuk membebaskan storan dan merakam lebih banyak imej.
• Sama ada dalam mod RKM atau mod MAIN, anda boleh
memadam fail dengan hanya menekan [ ] (Padam).
• Ingat bahawa operasi padam fail (imej) tidak boleh dibuat asal.
• Memadam syot kilat audio (halaman 77) memadam syot kilat dan fail audio.
• Anda tidak boleh memadam fail semasa rakaman filem atau audio sedang
berjalan.
• Menu padam tidak akan muncul jika anda menekan [ ] (Padam) semasa “Hidup”
dipilih untuk tetapan “Ü Dinyahaktif” kamera (halaman 101). Anda boleh
memadam fail hanya apabila “Mati” dipilih untuk “Ü Dinyahaktif”.
. Untuk memadam satu fail
1. Tekan [ ] (Padam).
2. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal fail sehingga fail
yang anda mahu padam dipaparkan.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam” dan kemudian tekan
[SET].
• Untuk memadam fail lain, ulang langkah 2 dan 3.
• Untuk keluar daripada operasi padam, tekan [ ] (Padam).
Memadam Syot Kilat dan Filem
[ ] (Padam)