User manual - EXH50_ZS200_M29_FA (Malay (macrolanguage))

27
Asas Mula Pantas
. Merakam dengan Auto Premium
Selain kelajuan pengatup, bukaan dan kepekaan ISO, kamera secara automatik
melakukan operasi berikut mengikut keperluan apabila merakam dengan Auto
Premium.
Fokus Auto biasanya dilakukan sehingga anda anda menekan butang pengatup
sehingga separuh.
Kamera secara automatik menentukan titik fokus pada skrin dan memfokus di
situ.
Mekap (halaman 40)
Bawah persediaan awal kamera lalai apabila anda membelinya, memilih Auto
Premium sebagai mod rakaman auto (halaman 24) menghidupkan fungsi
Mekap.
Merakam dengan Auto Premium boleh menyebabkan getaran dan hingar berlaku
kerana operasi kanta. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan.
Apabila Merakam dengan Auto Premium, mesej “Memproses Auto Premium.”
mungkin muncul di skrin monitor. Jika anda rasa kamera mengambil masa terlalu
lama untuk memproses data, cuba merakam dengan Auto standard pula.
Dalam sesetengah kes, Auto Premium mungkin tidak dapat mentafsir persekitaran
rakaman dengan betul. Jika ini berlaku, rakam dengan Auto standard.