Ms Kamera Digital Panduan Pengguna Terima kasih kerana membeli produk CASIO ini. • Sebelum menggunakannya, pastikan anda membaca peringatan yang terkandung dalam Panduan Pengguna ini. • Simpan Panduan Pengguna ini di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan. • Untuk maklumat terkini mengenai produk ini, lawati Laman Web rasmi EXILIM di http://www.exilim.
Aksesori Semasa anda membuka bungkusan kamera anda, periksa untuk memastikan semua aksesori di bawah disertakan. Jika ada apa-apa yang hilang, hubungi peruncit asal anda. Bateri ion litium boleh cas semula (NP-80) Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Kabel USB Untuk memasang tali pada kamera Pasang tali di sini. * Bentuk palam kord kuasa berbeza-beza mengikut negara atau kawasan geografi.
Baca ini dahulu! • Kandungan manual ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. • Kandungan manual ini telah diperiksa pada setiap langkah proses pengeluaran. Sila hubungi kami jika anda menyedari sesuatu yang meragukan, salah dsb. • Sebarang penyalinan kandungan Panduan Pengguna ini, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah dilarang. Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, sebarang penggunaan lain kandungan manual ini tanpa kebenaran CASIO COMPUTER CO., LTD.
Kandungan Aksesori . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Baca ini dahulu! . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Panduan Umum. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Kandungan Skrin Monitor dan Cara Menukarnya . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Menggunakan BEST SHOT 49 Untuk menangkap imej dengan BEST SHOT . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 49 Merekod Potret sendiri . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Potret sendiri) . . 51 Tetapan Lanjutan 52 Menggunakan Menu Atas Skrin. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 52 Tetapan Mod RKM . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (RKM) . . 54 Memilih Mod Fokus . . . . . . . .
Percetakan 79 Percetakan Syot Kilat . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 79 Menggunakan DPOF untuk Menentukan Imej untuk Dicetak dan Bilangan Salinan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 79 Menggunakan Kamera dengan Komputer 82 Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer.... . . . . . . . . . . . . 82 Menggunakan Kamera dengan Komputer Windows . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Lampiran 103 Peringatan Keselamatan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 103 Peringatan Semasa Penggunaan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 110 Bekalan Kuasa. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 113 Mengecas . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 113 Peringatan Bateri . . . . . . . . . . . . . . . .
Panduan Umum Nombor yang ditunjukkan dalam kurungan menunjukkan halaman yang menerangkan setiap item.
Kandungan Skrin Monitor dan Cara Menukarnya Skrin monitor menggunakan pelbagai penunjuk, ikon dan nilai untuk memastikan anda mengetahui status kamera. • Contoh skrin pada bahagian ini bertujuan menunjukkan anda lokasi semua penunjuk dan rajah yang mungkin muncul pada skrin monitor dalam pelbagai mod. Ia tidak mewakili skrin yang sebenarnya muncul pada kamera. .
. Butang Pengatup Ditekan Separuh 1 6 Mod rakaman (halaman 24) Denyar (halaman 36) Kepekaan ISO (halaman 66) Nilai bukaan 2 Kelajuan pengatup 3 Bingkai fokus (halaman 25, 57) 4 5 • Bergantung pada seting rakaman, bukaan, kelajuan pengatup, dan nilai kepekaan ISO mungkin tidak kelihatan pada skrin monitor. Nilai ini akan kelihatan berwarna jingga jika Pendedahan Auto (AE) tidak betul atas beberapa sebab. .
. Main Semula Filem 12 3 8 7 Jenis fail Penunjuk lindung (halaman 75) Nama folder/nama fail (halaman 92) 4 Masa rakaman filem (halaman 47) 5 Kualiti imej filem (halaman 36) Tarikh/masa (halaman 98) Penunjuk tahap bateri (halaman 17) Eye-Fi (halaman 90) 6 . Mengkonfigurasi Tetapan Skrin Monitor Anda boleh menghidupkan atau mematikan paparan maklumat dengan menekan [8] (DISP). Anda boleh mengkonfigurasi tetapan berasingan untuk mod RKM dan mod MAIN.
Asas Mula Pantas Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda Kamera CASIO anda penuh dengan pilihan ciri dan fungsi berkuasa untuk memudahkan rakaman imej digital, termasuk fungsi utama berikut. Auto Premium Pilih rakaman Auto Premium dan kamera akan menentukan secara automatik sama ada anda sedang merakam suatu subjek atau pemandangan dan keadaan lain. Auto Premium memberikan kualiti imej yang lebih baik berbanding Auto standard. *Lihat halaman 24 untuk maklumat lanjut.
Mula-mula, cas bateri sebelum menggunakan. Harap maklum bahawa bateri kamera yang baru dibeli tidak dicas. Lakukan langkah di bawah untuk memuat bateri ke dalam kamera dan caskannya. • Kamera anda memerlukan bateri ion litium boleh cas semula (NP-80) CASIO untuk kuasa. Jangan cuba menggunakan sebarang jenis bateri yang lain. Untuk memasang bateri 1. Buka penutup bateri. 2. Muatkan bateri.
Untuk menggantikan bateri 1. Buka penutup bateri dan keluarkan bateri yang ada. 2. Masukkan bateri baru. Penahan Caskan Bateri Anda boleh menggunakan salah satu daripada dua kaedah di bawah untuk mengecas bateri kamera. • Penyesuai USB-AC • Sambungan USB ke komputer . Untuk mengecaskan dengan penyesuai USB-AC Penyesuai membolehkan anda mengecas bateri ketika ia dimuatkan dalam kamera. Ketika kamera dimatikan, sambungkan mengikut urutan yang ditunjukkan di bawah (, , , ).
• Pastikan anda masukkan penyambung kabel ke dalam port USB/AV sehingga anda rasa ia klik dengan selamat di tempatnya. Kegagalan memasukkan penyambung sepenuhnya boleh menyebabkan komunikasi yang lemah atau kerosakan. • Perhatikan bahawa walaupun penyambung dimasukkan sepenuhnya, anda masih boleh melihat bahagian logam penyambung seperti yang ditunjuk dalam gambar.
• Kali pertama anda menyambungkan kamera ke komputer menggunakan kabel USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku, tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu. • Bergantung pada persediaan komputer anda, anda mungkin tidak boleh mengecas bateri kamera melalui sambungan USB. Jika ini berlaku, penggunaan penyesuai USB-AC yang disertakan bersama kamera adalah disarankan. • Pengecasan tidak dilakukan semasa komputer yang disambungkan berada dalam mod hibernasi.
• Masa pengecasan sebenar bergantung pada kapasiti bateri semasa dan keadaan pengecasan. • Jangan gunakan penyesuai USB-AC dengan mana-mana peranti lain. Memeriksa Baki Kuasa Bateri Semasa kuasa bateri digunakan, penunjuk bateri pada skrin monitor menunjukkan baki kuasa seperti ditunjukkan di bawah. Baki Kuasa Tinggi Penunjuk Bateri Warna Penunjuk Biru Rendah * * * Kuning * * Merah * Merah menunjukkan kuasa bateri rendah. Cas bateri secepat mungkin.
Mengkonfigurasi Tetapan Asas Kali Pertama Anda Menghidupkan Kamera Kali pertama anda memuatkan bateri ke dalam kamera, skrin akan muncul untuk mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh dan masa. Kegagalan menetapkan tarikh dan masa dengan betul akan menyebabkan data tarikh dan masa yang salah dirakam bersama imej. • Skrin untuk pemilihan bahasa tidak akan muncul pada langkah 2 prosedur di bawah jika anda membeli kamera yang dikhususkan untuk pasaran Jepun.
Jika anda melakukan kesalahan mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh dan masa dengan prosedur di atas, rujuk halaman berikut untuk maklumat mengenai cara membetulkan tetapan. – Bahasa paparan: Halaman 99 – Tarikh dan masa: Halaman 98 • Setiap negara mengawal ofset masa tempatannya sendiri dan penggunaan masa musim panas, maka ia tertakluk pada perubahan.
Untuk memuat kad memori 1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera dan kemudian buka penutup bateri. 2. Muatkan kad memori. Letakkan kad memori supaya bahagian depannya mengadap ke belakang (ke arah sisi lensa kamera), tolaknya masuk ke dalam slot kad sehingga anda mendengar ia klik dengan selamat di tempatnya. Belakang Depan 3. Belakang Tutup penutup bateri. • Jangan masukkan sebarang benda selain kad memori yang disokong (halaman 19) ke dalam slot kad memori.
Untuk menggantikan kad memori Tekan kad memori dan kemudian lepaskannya. Ini akan menyebabkan kad tertonjol sedikit daripada slot kad memori. Tarik kad keluar dan kemudian masukkan yang lain. • Jangan keluarkan kad daripada kamera semasa lampu belakang berkelip hijau. Perbuatan itu boleh menyebabkan operasi simpan imej gagal dan juga merosakkan kad memori. Untuk memformat (mengasal) kad memori baru Formatkan kad memori pada kamera sebelum menggunakannya buat kali pertama.
Menghidupkan dan Mematikan Kamera . Untuk menghidupkan kuasa Menekan [ON/OFF] (Kuasa) memasuki mod RKM supaya anda boleh merakam imej. Menekan [p] (MAIN) semasa dalam mod RKM memasuki mod MAIN, yang anda boleh gunakan untuk melihat syot kilat dan filem (halaman 28, 67). • Menekan [p] (MAIN) menghidupkan kamera dan memasuki mod MAIN. • Menekan [r] (RKM) semasa dalam mod MAIN akan mengembalikan anda ke mod RKM. • Sentiasa pastikan tiada apa yang menghalang atau tersentuh kanta semasa ia mengunjur keluar.
Memegang Kamera Dengan Betul Imej anda akan kabur jika anda Melintang Menegak menggerakkan kamera semasa anda menekan butang pengatup. Semasa menekan butang pengatup, pastikan kamera dipegang seperti ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah dan kekalkan kedudukannya dengan menekan lengan anda rapat di sisi badan semasa anda menangkap.
Menangkap Syot Kilat Untuk memilih mod rakaman auto Anda boleh pilih satu daripada dua mod rakaman (Auto atau Auto Premium) bergantung pada keperluan pengimejan digital anda. Tetapan Paparan Ikon Skrin RKM t Auto Ÿ Auto Premium 1. Penerangan Ini adalah mod rakaman Auto standard. Dengan rakaman Auto Premium, kamera akan menentukan secara automatik sama ada anda sedang merakam suatu subjek atau pemandangan dan keadaan lain.
Untuk menangkap syot kilat 1. Halakan kamera pada subjek. Jika anda menggunakan Auto Premium, teks akan muncul di sudut kanan sebelah bawah skrin monitor menerangkan jenis tangkapan yang dikesan oleh kamera. • Anda boleh mengezum imej, jika anda mahu. w Sudut Lebar z Telefoto Pengawal zum 2. Tekan butang pengatup sehingga separuh untuk memfokuskan imej. Lampu belakang Apabila fokus telah sedia, kamera akan berbunyi bip, lampu belakang akan berwarna hijau dan bingkai fokus akan bertukar hijau.
3. Sambil memastikan kamera tidak bergerak, tekan butang pengatup sepenuhnya. Ini akan merakam syot kilat. Tekan penuh Tangkap (Imej dirakamkan.) Membuat Penggambaran Filem [0] (Filem) Tekan [0] (Filem) untuk memulakan rakaman filem. Tekan [0] (Filem) untuk memberhentikan rakaman filem. Lihat halaman 47 untuk butiran. • Apabila “Hidup” dipilih bagi tetapan Antigoncang (halaman 60), kamera akan bergetar dan mengeluarkan bunyi operasi mekanikal apabila anda menekan separuh pengatup.
. Merakam dengan Auto Premium • Selain kelajuan pengatup, bukaan dan kepekaan ISO, kamera secara automatik melakukan operasi berikut mengikut keperluan apabila merakam dengan Auto Premium. – Fokus Auto biasanya dilakukan sehingga anda anda menekan butang pengatup sehingga separuh. – Kamera secara automatik menentukan titik fokus pada skrin dan memfokus di situ.
Melihat Syot Kilat Gunakan prosedur berikut untuk melihat syot kilat pada skrin monitor kamera. • Untuk maklumat mengenai cara main semula filem, lihat halaman 67. 1. Tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN. • Ini akan memaparkan satu daripada syot kilat yang disimpan dalam memori. • Maklumat mengenai syot kilat yang dipaparkan turut disertakan (halaman [p] (MAIN) 10). • Anda juga boleh memadamkan maklumat untuk melihat syot kilat sahaja (halaman 11).
Memadam Syot Kilat dan Filem Jika memori telah penuh, anda boleh memadam tangkapan gambar dan filem yang tidak lagi anda perlukan untuk membebaskan storan dan merakam lebih banyak imej. • Sama ada dalam mod RKM atau mod MAIN, anda boleh memadam fail dengan hanya menekan [ ] (Padam). [ ] (Padam) • Ingat bahawa operasi padam fail (imej) tidak boleh dibuat asal. • Memadam syot kilat audio (halaman 77) memadam syot kilat dan fail audio.
. Untuk memadam fail tertentu 1. Tekan [ 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam Fail” dan kemudian tekan [SET]. ] (Padam). • Ini memaparkan skrin permilihan fail. 3. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk menggerakkan sempadan pemilihan ke fail yang anda mahu padam dan kemudian tekan [SET]. • Ini akan memilih kotak semak fail yang sedang dipilih. 4. Ulang langkah 3 untuk memilih fail lain, jika anda mahu. Setelah anda selesai memilih fail, tekan [ ] (Padam). 5.
Penggambaran Tertutup di bawah Pencahayaan Pendarfluor • Kelipan kecil pencahayaan pendarfluor boleh memberi kesan pada kecerahan dan warna imej. . Pembatasan Auto Fokus • Satu daripada berikut boleh memustahilkan fokus yang tepat.
Tutorial Syot Kilat Memilih Mod Rakaman Kamera anda mempunyai pelbagai mod rakaman yang berlainan. Sebelum merakam imej, putarkan dail mod untuk memilih mod rakaman yang sesuai dengan jenis imej yang anda cuba rakamkan. Dail mod t Auto Mod Rakaman Auto Standard. Ini adalah mod yang biasanya anda patut gunakan (halaman 24). Ÿ Auto Premium Dengan rakaman Auto Premium, kamera akan menentukan secara automatik sama ada anda sedang merakam suatu subjek atau pemandangan dan keadaan lain.
Menggunakan Panel Kawalan Panel Kawalan boleh digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan kamera. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. • Anda juga boleh memaparkan Panel Kawalan dengan menekan [2]. [SET] Tetapan yang tersedia Panel Kawalan [8] [2] [4] [6] 2. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tetapan yang anda mahu tukar. Ini akan memilih satu daripada ikon Panel Kawalan dan memaparkan tetapannya.
• Tiada ikon dipaparkan untuk sebarang opsyen Panel Kawalan (halaman 9) yang ditetapkan pada tetapan lalai awalnya (tetap semula). Ikon akan muncul hanya jika anda menukar tetapan opsyen Panel Kawalan yang berkenaan. Berikut adalah lalai awal untuk opsyen Panel Kawalan. – Denyar: Denyar Auto – Pemasa kendiri: Mati – Mekap: Mati – Pencahayaan: Mati – Senyap: Mati • Anda juga boleh mengkonfigurasi tetapan selain daripada yang disenaraikan di atas (halaman 52). Menukar Saiz Imej (Saiz) .
. Untuk memilih saiz imej syot kilat 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan “Saiz Imej Syot Kilat” (halaman 33). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih saiz imej dan kemudian tekan [SET].
. Menentukan Kualiti Imej Filem Kualiti imej filem ialah standard yang menentukan perincian, kelicinan dan kejelasan filem semasa main semula. Merakam dengan tetapan kualiti tinggi (HD) akan menghasilkan kualiti imej yang lebih baik, tetapi ia juga mengurangkan masa anda merakam. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan “Kualiti Imej Filem” dan kemudian tekan [SET] (halaman 33). 3.
2. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan denyar yang anda mahu dan kemudian tekan [SET]. • Tiada penunjuk pada skrin monitor, anda boleh melihat semua mod denyar dengan menekan [2] ( ). Anda boleh menghidupkan atau mematikan paparan maklumat dengan menekan [8] (DISP) (halaman 11). Tetapan > Denyar Auto Paparan Ikon Penerangan Skrin RKM Tiada Denyar nyala secara automatik mengikut keadaan pendedahan (jumlah cahaya dan kecerahan). ? Denyar Mati Denyar tidak nyala.
• Meskipun anda mengkonfigurasikan seting Panel Kawalan untuk denyar, denyar tidak akan menyala melainkan unit denyar terbuka. • Apabila tidak menggunakan denyar, tekan ke bawah unit denyar sehingga ia terkunci dengan bunyi klik. • Bahan asing pada tetingkap denyar boleh bertindak balas dengan cahaya denyar, menghasilkan sedikit asap dan bau yang tidak normal.
Menggunakan Pemasa Kendiri (Pemasa kendiri) Dengan Pemasa Kendiri, menekan butang pengatup memulakan pemasa. Pengatup dilepaskan dan imej ditangkap selepas tempoh masa yang ditetapkan. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan “Pemasa kendiri” (halaman 33). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
Merakam Potret Indah (Mekap) Mekap melicinkan tekstur kulit subjek dan mengurangkan bayangan wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari terang untuk potret yang lebih cantik. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan “Mekap” (halaman 33). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih “Mekap: Hidup” dan kemudian tekan [SET]. Tetapan Paparan Ikon Penerangan Skrin RKM ± Hidup ½ Mati 4. Fungsi mekap didayakan. Tiada Fungsi mekap dinyahdayakan.
Mengoptimumkan Kecerahan Imej (Pencahayaan) Anda boleh menggunakan tetapan ini untuk mengoptimumkan keimbangan antara kawasan cerah dengan kawasan gelap apabila menangkap imej. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan “Pencahayaan” (halaman 33). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahu dan kemudian tekan [SET]. Tetapan Paparan Ikon Penerangan Skrin RKM Melakukan pembetulan kecerahan.
3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih “Hidup” dan kemudian tekan [SET]. Ini memasuki Mod Senyap, yang ditunjukkan dengan m (Mod Senyap) pada skrin monitor. • Tetapan yang ditunjukkan di bawah adalah tetap dan tidak boleh ditukar semasa dalam mod Senyap. Tetapan Penerangan Denyar Mati Pemasa kendiri Mati Lampu Bantuan AF Mati Bunyi Mati • Lihat yang berikut untuk butiran.
• Lebih tinggi faktor zum digital, lebih kasar imej yang dirakam. Ambil perhatian bahawa kamera juga mempunyai fungsi yang membenarkan anda merakam menggunakan zum digital tanpa kemerosotan imej (halaman 44). • Penggunaan tripod disarankan untuk mengelak kejadian imej kabur disebabkan pergerakan kamera semasa menangkap gambar menggunakan telefoto. • Melakukan operasi zum menukar bukaan kanta. • Zum digital hanya tersedia semasa rakaman filem.
• Titik kemerosotan imej bergantung pada saiz imej (halaman 34). Lebih kecil saiz imej, lebih tinggi faktor zum yang anda boleh gunakan sebelum mencapai titik kemerosotan imej. • Sungguhpun zum digital biasanya menyebabkan kemerosotan kualiti imej, sesetengah zum digital tanpa kemerosotan imej boleh berlaku untuk imej bersaiz “10 M” dan lebih kecil. Jarak yang membolehkan anda menggunakan zum digital tanpa kemerosotan imej ditunjukkan pada paparan. Titik kemerosotan bergantung pada saiz imej.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan yang paling bawah (ART) dan kemudian tekan [SET] (halaman 33). 4. Pilih pemandangan ART SHOT yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET]. Pilih antara : Kamera Mainan, Fokus Lembut, Tona Lembut, Terserlah, Sepia, Monokrom, Miniatur, Mata ikan. 5. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar. • Anda tidak boleh melihat hasil sesuatu kesan pada skrin monitor kamera semasa menyediakan imej.
Mengenai data audio • Fail audio boleh dimain semula pada komputer dengan Windows Media Player atau QuickTime. – Data Audio: WAVE/IMA-ADPCM (sambungan WAV) . Untuk memain semula rakaman audio 1. Dalam mod MAIN, gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan fail Rakaman Suara yang ingin anda mainkan. ` dipaparkan sebagai ganti imej untuk fail Rakaman Suara. 2. Tekan [0] (Filem) untuk memulakan main semula.
Merakam Imej Filem Untuk merakam filem 1. Mengkonfigurasi tetapan kualiti untuk filem (halaman 36). Panjang filem yang boleh anda rakam bergantung pada tetapan kualiti yang anda pilih. 2. Dalam mod RKM, halakan kamera pada subjek dan kemudian tekan [0] (Filem). [0] (Filem) Baki masa rakaman (halaman 125) Ini akan memulakan rakaman dan memaparkan Y pada skrin monitor. Rakaman filem menyertakan audio monaural. Masa rakaman 3. Tekan [0] (Filem) semula untuk memberhentikan rakaman.
• Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan kamera terasa panas sedikit. Ini perkara biasa dan tidak bermakna kerosakan. • Kamera juga merakam audio. Ambil perhatian tentang perkara berikut apabila merakam filem. – Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda dsb. – Hasil rakaman yang bagus tak boleh berlaku apabila kamera terlalu jauh daripada apa yang ingin anda rakam.
Menggunakan BEST SHOT BEST SHOT menyediakan kepada anda kumpulan sampel “pemandangan” yang menunjukkan pelbagai jenis keadaan penggambaran yang berbeza. Apabila anda perlu menukar persediaan kamera, cuma cari pemandangan yang sepadan dengan apa yang ingin anda capai dan kamera akan menyediakannya secara automatik. Ini membantu meminimumkan kemungkinan imej rosak disebabkan oleh tetapan pendedahan dan kelajuan pengatup yang lemah. .
5. Tekan [SET] untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi pemandangan yang sedang dipilih. Ini mengembalikan ke mod RKM. • Tetapan pemandangan yang telah anda pilih kekal digunakan sehingga anda memilih pemandangan lain. • Untuk memilih pemandangan BEST SHOT yang berbeza, ulangi prosedur di atas daripada langkah 1. 6. Tekan butang pengatup (jika anda merakam syot kilat) atau [0] (Filem) (jika anda merakam filem).
• Imej yang ditangkap menggunakan pemandangan BEST SHOT mungkin tidak memberikan hasil yang dijangka disebabkan oleh keadaan penggambaran dan faktor lain. • Anda boleh mengubah suai tetapan kamera yang dibuat selepas anda memilih pemandangan BEST SHOT. Namun harap maklum bahawa tetapan BEST SHOT kembali ke tetapan lalainya apabila anda memilih pemandangan BEST SHOT lain atau mematikan kamera.
Tetapan Lanjutan Berikut adalah menu operasi yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi berbagai tetapan kamera. • Kandungan dan operasi menu mod RKM berbeza daripada yang ada dalam mod MAIN. Bahagian ini menerangkan operasi menggunakan skrin menu RKM. Lihat halaman 71 untuk maklumat mengenai operasi skrin menu MAIN. Menggunakan Menu Atas Skrin . Contoh Operasi Skrin Menu RKM [SET] 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2.
• [ ] (Padam) menyediakan cara yang berguna untuk menavigasi sekitar tab dan menu. – Menekan [ ] (Padam) semasa tab dipilih akan memaparkan skrin pemidang tilik. – Menekan [ ] (Padam) semasa item menu atau tetapan dipilih akan “mengundur ke belakang” dalam urutan berikut: Tetapan * Item menu * Tab. • Bergantung pada mod rakaman, beberapa item dalam menu yang muncul mungkin tidak boleh digunakan. . Operasi Menu RKM dalam Manual Ini Operasi menu RKM digunakan dalam manual ini seperti ditunjukkan di bawah.
Tetapan Mod RKM (RKM) Memilih Mod Fokus (Fokus) [r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Fokus Auto Fokus ialah satu-satunya mod fokus yang tersedia semasa Mekap (halaman 40) atau Pengecaman Muka (halaman 58) didayakan. Untuk memilih mod fokus lain, mula-mula matikan Mekap dan Pengecaman Muka.
Untuk memfokus dengan fokus manual 1. Pada skrin monitor, gubah imej supaya subjek yang anda mahu fokuskan berada dalam sempadan kuning. 2. Melihat imej pada skrin monitor menggunakan [4] dan [6] untuk melaras fokus. • Pada masa ini imej yang berada dalam sempadan akan membesar dan memenuhi skrin monitor, yang membantu pemfokusan. Jika anda tidak melakukan apa-apa operasi selama dua saat semasa imej yang membesar itu dipaparkan, skrin dalam langkah 1 akan muncul semula.
2. Dengan butang pengatup masih ditekan separuh (yang mengekalkan tetapan fokus), alih kamera untuk menggubah imej. 3. Apabila anda telah bersedia untuk menangkap imej, tekan butang pengatup sepenuhnya. • Kunci fokus juga mengunci pendedahan (AE). Menukar Bentuk Bingkai Fokus (Bingkai Fokus) [r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Bingkai Fokus Anda boleh menggunakan prosedur ini untuk memilih daripada lima bentuk berbeza, termasuk bentuk hati, bagi bingkai fokus.
Menentukan Kawasan Auto Fokus (Kws AF) [r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Kws AF U Titik Mod ini mengambil bacaan kawasan kecil di tengah imej. Tetapan ini sesuai digunakan bersama kunci fokus (halaman 55). I Multi Semasa anda menekan butang pengatup sehingga separuh apabila tetapan ini dipilih, kamera akan memilih kawasan Auto Fokus optimum daripada sembilan kemungkinan kawasan. Bingkai fokus di kawasan yang difokus kamera akan dipaparkan dalam warna hijau.
Menggunakan Lampu Bantuan Auto Fokus (Lampu Bantuan AF) [r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Lampu Bantuan AF Menekan separuh butang pengatup semasa seting ini dipilih akan menyebabkan lampu hadapan menyala, yang memberikan pencahayaan untuk fokus di kawasan yang cahayanya malap. Membiarkan fungsi ini dimatikan disarankan apabila merakam potret dari jarak dekat, dsb. Lampu hadapan • Jangan melihat secara terus kepada lampu hadapan ketika ia menyala. • Pastikan jari anda tidak menutup lampu hadapan.
• Kamera melakukan fokus berpusat jika ia tidak dapat mengesan muka. • Satu-satunya mod fokus yang tersedia semasa pengecaman muka didayakan ialah Auto Fokus (AF). • Pengecaman muka mungkin mengambil masa yang lama apabila anda memegang kamera secara melintang. • Pengecaman jenis muka berikut tidak disokong. – Muka yang dihalang rambut, cermin mata hitam, topi dsb.
Mengurangkan Kesan Pergerakan Kamera dan Subjek (Anti Goncang) [r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Antigoncang Anda boleh menghidupkan ciri Antigoncang kamera untuk mengurangkan kekaburan imej disebabkan oleh pergerakan subjek atau pergerakan kamera semasa merakam subjek bergerak menggunakan telefoto, apabila merakam subjek yang bergerak pantas atau apabila merakam di bawah keadaan pencahayaan kelam.
Menetapkan Fungsi pada Kekunci [4] dan [6] (Kekunci Kiri/Knn) [r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Kekunci Kiri/Knn Anda boleh menetapkan satu daripada empat fungsi yang disenaraikan di bawah pada kekunci [4] dan [6]. Tetapan [4]/[6] operasi utama Anjakan EV Melaras nilai anjakan EV (halaman 63). Imbangan Putih Tukar tetapan keimbangan putih (halaman 64). ISO Tukar tetapan Kepekaan ISO (halaman 66). Pemasa kendiri* Menetapkan masa pemasa kendiri (halaman 39).
Menggunakan Bantuan Ikon (Bantuan Ikon) [r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Bantuan Ikon Semasa Bantuan Ikon dihidupkan, keterangan teks akan muncul pada paparan bagi ikon tertentu apabila anda bertukar fungsi RKM.
Tetapan Kualiti Imej (Kualiti) Menetapkan Kualiti Imej Syot Kilat (T Kualiti (Syot Kilat)) [r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “Kualiti” * T Kualiti (Syot Kilat) Tetapan Paparan Ikon Skrin RKM Penerangan Halus Beri keutamaan pada kualiti imej. Normal Normal • Tetapan “Halus” membantu menonjolkan perincian apabila merakam imej alam semula jadi dipenuhi butiran terperinci termasuklah dahan atau dedaun pokok yang rimbun atau imej corak kompleks.
2. Tekan [SET]. Ini menetapkan nilai keamatan pendedahan. Nilai keamatan pendedahan yang anda tetapkan kekal digunakan sehingga anda menukarnya atau mematikan kamera (yang menyebabkan ia kembali ke “0.0”). • Semasa membuat penggambaran dalam keadaan yang amat gelap atau amat terang, anda mungkin tidak dapat memperoleh hasil yang memuaskan meskipun selepas melakukan keamatan pendedahan.
Tetapan Manual Paparan Ikon Penerangan Skrin RKM Untuk mengkonfigurasi kamera secara manual supaya sesuai dengan sumber lampu tertentu Pilih “Manual”. Kertas putih kosong Di bawah keadaan pencahayaan yang anda bercadang gunakan semasa penggambaran, halakan kamera pada sekeping kertas putih kosong supaya ia memenuhi seluruh skrin monitor dan kemudian tekan butang pengatup. Tekan [SET]. Tetapan imbangan putih dikekalkan walaupun anda mematikan kamera.
Menentukan Kepekaan ISO (ISO) [r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “Kualiti” * ISO Kepekaan ISO ialah ukuran kepekaan pada cahaya. Tetapan Auto ISO 64 Paparan Ikon Skrin RKM Tiada Penerangan Laras pemekaan secara automatik mengikut keadaan. Kepekaan lebih rendah Kelajuan pengatup perlahan Kepekaan lebih tinggi Kelajuan pengatup pantas (Ditetapkan untuk menangkap Agak kasar gambar dalam kawasan (peningkatan bercahaya malap.
Melihat Syot kilat dan Filem Melihat Syot Kilat Lihat halaman 28 untuk prosedur bagi melihat syot kilat. Melihat Filem 1. Tekan [p] (MAIN) dan kemudian gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan filem yang anda mahu lihat. 2. Tekan [0] (Filem) untuk memulakan main semula. Ikon filem: » Masa rakaman Kualiti imej Kawalan Main Semula Filem Mara laju/undur laju [4] [6] • Setiap tekanan salah satu butang meningkatkan kelajuan operasi mara laju atau undur laju.
Mengezum Imej Atas skrin 1. Dalam mod MAIN, gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej sehingga imej yang anda mahu dipaparkan. 2. Putar pengawal zum ke arah z ([) untuk mengezum. Faktor zum Kawasan imej Anda boleh menggunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk menatal imej yang dizum pada skrin monitor. Putar pengawal zum ke arah w untuk nyahzum imej. – Apabila kandungan skrin monitor dihidupkan, grafik di bawah sudut kanan skrin menunjukkan bahagian mana daripada imej yang dizum sedang dipaparkan.
Melihat Syot Kilat dan Filem pada Skrin TV 1. Gunakan kabel AV (EMC-7A) opsyenal yang tersedia untuk menyambungkannya ke TV. Putih Kuning TV Video Audio Port [USB/AV] Bicu MASUK AUDIO (putih) Kabel AV Bicu MASUK VIDEO (kuning) • Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga apabila menyambungkan, lihat halaman 15. 2. Pasang TV dan pilih mod input videonya. Jika TV mempunyai lebih daripada satu input video, pilih input di tempat kamera disambungkan. 3. Tekan [p] (MAIN).
Merakam Imej Kamera pada Perakam DVD atau Dek Video Gunakan satu daripada kaedah berikut untuk menyambungkan kamera pada peranti rakaman menggunakan kabel AV (EMC-7A) pilihan yang tersedia. – Perakam DVD atau dek video Sambung ke terminal MASUK VIDEO dan MASUK AUDIO. – Kamera: port USB/AV Anda boleh memainkan persembahan slaid syot kilat dan filem pada kamera dan rakamnya pada DVD atau pita video.
Lain-lain Fungsi Main Semula (MAIN) Bahagian ini menerangkan item menu yang boleh anda gunakan untuk mengkonfigurasi tetapan dan melakukan lain-lain operasi main semula. Menggunakan Panel MAIN Menekan [SET] dalam mod MAIN akan memaparkan Panel MAIN. . Contoh Operasi Panel MAIN 1. Dalam mod MAIN, tekan [SET]. Panel MAIN akan muncul di sepanjang sisi kanan skrin monitor. 2. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item Panel MAIN yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
à Menu Memaparkan menu MAIN. Anda boleh melakukan operasi berikut pada menu MAIN. Tab Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tab di mana item menu yang anda mahu konfigurasi berada. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item menu yang anda mahu dan kemudian tekan [6]. Gunakan [8] dan [2] untuk menukar tetapan item menu yang dipilih. Item menu yang dipilih Tekan [SET] untuk mengenakan tetapan. • Menekan [ ] (Padam) melakukan salah satu daripada operasi berikut.
Memainkan Persembahan Slaid di Kamera (Prsmbhn Slaid) 1. Dalam mod MAIN, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel MAIN “Prsmbhn Slaid” dan kemudian tekan [SET] (halaman 71). Mula Mulakan pertunjukan slaid. Masa Masa dari mula hingga tamat pertunjukan slaid 1 hingga 5 minit, 10 minit, 15 minit, 30 minit, 60 minit Selang Tempoh masa setiap imej dipaparkan Gunakan [4] dan [6] untuk memilih nilai daripada 1 hingga 30 saat atau “MAKS”.
Mainkan Semula tanpa Menganggu Orang Lain (Mod Senyap) Mod Senyap mematikan bunyi operasi kamera supaya anda boleh mengelak daripada menganggu orang di sekitar anda apabila memainkan semula imej. 1. Dalam mod MAIN, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel MAIN “Mod Senyap” dan kemudian tekan [SET] (halaman 71). 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hidup” dan kemudian tekan [SET]. Ini memasuki Mod Senyap, yang ditunjukkan dengan m (Mod Senyap) pada skrin monitor.
Memilih Imej untuk Percetakan (Cetakan DPOF) [p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [SET] * MENU * Tab “MAIN” * Cetakan DPOF Lihat halaman 79 untuk butiran. Melindung Fail Daripada Pemadaman (Lindungi) [p] (MAIN) * [SET] * MENU * Tab “MAIN” * Lindungi Lindung fail tertentu. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal fail Hidup sehingga fail yang anda mahu lindungi dipaparkan. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hidup” dan kemudian tekan [SET]. Imej yang dilindungi ditunjukkan oleh ikon ›.
Mengubah saiz Syot Kilat (Ubah Saiz) [p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [SET] * MENU * Tab “MAIN” * Ubah Saiz Anda boleh mengurangkan saiz syot kilat dan menyimpan hasilnya sebagai syot kilat berasingan. Syot kilat asal juga disimpan. Anda boleh memilih ubah saiz imej ke satu daripada tiga saiz imej: 10 M, 5 M, VGA. • Mengubah saiz syot kilat 3:2 atau 16:9 akan menghasilkan imej dengan nisbah bidang 4:3, dengan kedua belah dipotong.
Menambah Audio pada Syot Kilat (Alih Suara) [p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [SET] * MENU * Tab “MAIN” * Alih Suara Anda boleh menambah audio pada syot kilat selepas anda menangkapnya. Anda boleh merekod semula audio syot kilat bila-bila masa anda mahu. Anda boleh merekod audio selama 30 saat untuk satu syot kilat. 1. Tekan [SET] untuk memulakan rakaman suara. Baki masa rakaman 2. Tekan [SET] sekali lagi untuk memberhentikan rakaman suara.
Kawalan Main Semula Rakaman Suara Mara laju/undur laju [4] [6] Main/pegun [SET] Pelarasan kelantangan Tekan [2] dan kemudian tekan [8] [2]. Papar pertukaran kandungan [8] (DISP) Berhenti main semula [0] (Filem) • Audio bagi Syot Kilat Audio juga boleh dimainkan semula pada komputer dengan Windows Media Player atau QuickTime.
Percetakan Percetakan Syot Kilat Perkhidmatan Cetak Profesional* Anda boleh membawa kad memori yang mengandungi imej yang anda mahu cetak ke perkhidmatan cetak profesional dan mencetaknya. Percetakan pada Pencetak Rumah* Anda boleh menggunakan pencetak yang dilengkapkan dengan slot kad memori untuk terus mencetak imej daripada kad memori. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang disertakan bersama pencetak anda.
. Mengkonfigurasi Tetapan DPOF Secara Berasingan untuk Setiap Imej [p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [SET] * MENU * Tab “MAIN” * Cetakan DPOF * Pilih imej 1. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal fail sehingga imej yang anda mahu cetak dipaparkan. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk menentukan bilangan salinan. Anda boleh menentukan nilai hingga 99. Nyatakan 00 jika anda tidak mahu mencetak imej. • Jika anda mahu menyertakan tarikh dalam imej, tekan [0] (Filem) supaya “Hidup” ditunjukkan untuk pengecapan tarikh.
. Cap Tarikh Anda boleh menggunakan satu daripada tiga kaedah berikut untuk menyertakan tarikh rakaman pada cetakan imej. Mengkonfigurasi tetapan kamera Mengkonfigurasi tetapan DPOF (halaman 79). Anda boleh menghidupkan dan mematikan cap tarikh setiap kali anda mencetak. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan supaya sesetengah imej menyertakan cap tarikh sementara yang lain tidak. Konfigurasi tetapan Cap Masa Kamera (halaman 98).
Menggunakan Kamera dengan Komputer Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer... Anda boleh melakukan operasi yang diterangkan di bawah semasa kamera bersambung dengan komputer. Menyimpan imej pada komputer dan melihatnya di situ • Menyimpan imej dan melihatnya secara manual (sambungan USB) (halaman 84, 88). • Memindah imej ke komputer secara automatik melalui LAN tanpa wayar untuk melihat (Eye-Fi) (halaman 90). Main semula dan sunting filem • Anda boleh main semula fail (halaman 86, 89).
Menggunakan Kamera dengan Komputer Windows Pasang perisian yang diperlukan menurut versi Windows yang anda gunakan dan apa yang anda mahu lakukan. Apabila anda mahu melakukan ini: Versi Sistem Pengendalian Menyimpan imej pada komputer dan melihatnya di situ secara manual Windows 7, Pemasangan tidak diperlukan. Windows Vista, Windows XP (SP3) Mainkan filem Windows 7, Windows Vista, Windows XP (SP3) Pindah imej ke kamera Photo Transport 1.0* • Muat turun perisian ini dari laman web berikut. http://www.
. Peringatan untuk Pengguna Windows • Perisian memerlukan hak istimewa Pentadbir untuk dijalankan. • Operasi pada komputer yang dibuat sendiri tidak disokong. • Operasi mungkin tidak dapat dilakukan di bawah keadaan komputer tertentu. Melihat dan Menyimpan Imej di Komputer Anda boleh menyambungkan kamera ke komputer anda bagi melihat dan menyimpan imej (fail syot kilat dan filem).
2. Hidupkan kamera. • Kali pertama anda menyambungkan kamera ke komputer menggunakan kabel USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku, tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu. • Pengecasan terus berjalan walaupun kamera dihidupkan. 3. Pengguna Windows 7, Windows Vista: Klik “Start” dan kemudian “Computer”. Pengguna Windows XP: Klik “Start” dan kemudian “My Computer”. 4. Dwiklik “Removable Disk”.
. Untuk melihat imej yang anda salin pada komputer anda 1. Dwiklik folder “DCIM” yang disalin untuk membukanya. 2. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat. 3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat. • Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada halaman 93. • Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin komputer anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
. Peringatan Main Semula Filem • Pastikan mengalih data filem ke cakera keras komputer anda sebelum mencuba memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb. • Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah komputer. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut. – Cuba merakam filem dengan tetapan kualiti “STD”. – Cuba menaik taraf Windows Media Player ke versi terkini.
Menyambung Kamera pada Komputer Anda dan Menyimpan Fail Jangan menggunakan komputer anda untuk mengubah suai, memadam, mengalih atau menamakan semula sebarang fail imej yang berada dalam memori terbina dalam kamera atau pada kad memorinya. Perbuatan itu akan menyebabkan masalah pada data pengurusan imej kamera, yang akan menjadikannya mustahil untuk memain semula imej pada kamera dan boleh menukar kapasiti memori yang tinggal secara drastik.
3. Dwiklik ikon pemacu kamera. 4. Seret folder “DCIM” ke folder di mana anda mahu menyalinnya. 5. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke Trash. 6. Pada kamera, tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera. Selepas memeriksa untuk memastikan lampu belakang tidak menyala atau merah menyala, tanggalkan kabel USB. . Untuk melihat imej yang disalin 1. Dwiklik ikon pemacu kamera. 2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya. 3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
. Peringatan Main Semula Filem Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah model Macintosh. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut. – Tukar tetapan kualiti imej filem ke “STD”. – Naik taraf ke versi terkini QuickTime. – Matikan aplikasi lain yang sedang berjalan.
• Imej yang dirakam dipindah melalui LAN tanpa wayar. Jangan menggunakan kad Eye-Fi atau mematikan komunikasi kad Eye-Fi (halaman 95) bila berada dalam kapal terbang atau di sebarang lokasi lain di mana komunikasi tanpa wayar adalah terhad atau dilarang. • Memuatkan kad Eye-Fi akan menyebabkan penunjuk Eye-Fi muncul pada skrin monitor. Keadaan lut sinar atau tidak lut sinarnya menunjukkan status komunikasi seperti ditunjukkan di bawah.
Fail dan Folder Kamera mencipta fail dan menyimpannya setiap kali anda syot kilat, merakam filem atau melakukan sebarang operasi lain yang menyimpan data. Fail dikumpulkan dengan menyimpannya dalam folder. Setiap fail dan folder mempunyai nama uniknya sendiri. • Untuk butiran cara folder disusun dalam memori, lihat “Struktur Folder Memori” (halaman 93). Nama dan Bilangan Maksimum Dibenarkan Contoh Setiap folder boleh mengandungi sehingga 9999 fail yang dinamakan CIMG0001 hingga CIMG9999.
Data Kad Memori Kamera menyimpan imej yang anda tangkap mengikut Peraturan Reka Bentuk untuk Sistem Fail Kamera (DCF). . Mengenai DCF Operasi berikut disokong untuk imej komplian DCF. Namun, harap maklum bahawa CASIO tidak membuat jaminan prestasi mengenai operasi ini. • Memindahkan imej komplian DCF kamera ini ke kamera pengilang lain dan melihatnya. • Mencetak imej komplian DCF kamera menggunakan pencetak pengilang lain. • Memindahkan imej komplian DCF kamera lain ke kamera ini dan melihatnya. .
. Fail Imej yang Disokong • Fail imej yang ditangkap dengan kamera ini • Fail imej komplian DCF Kamera ini mungkin tidak dapat memaparkan imej, walaupun ia komplian DCF. Apabila memaparkan imej yang dirakam pada kamera lain, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk imej muncul pada skrin monitor kamera ini. . Peringatan Pengendalian Memori Terbina Dalam dan Data Kad Memori • Setiap kali menyalin kandungan memori ke komputer anda, anda perlu menyalin folder DCIM dan semua kandungannya.
Tetapan Lain (Sediakan) Bahagian ini menerangkan item menu yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi tetapan dan melakukan operasi lain dalam kedua-dua mod RKM dan mod MAIN. Lihat yang berikut untuk maklumat lanjut. – Menu RKM (halaman 52) – Menu MAIN (halaman 71) Mematikan Komunikasi Kad Eye-Fi (Eye-Fi) [SET] * MENU * Tab “Sediakan” * Eye-Fi Pilih “Mati” untuk menyahdaya komunikasi kad Eye-Fi (halaman 90).
Mengkonfigurasi Imej Permulaan (Permulaan) [SET] * MENU * Tab “Sediakan” * Permulaan Papar imej yang anda mahu guna sebagai imej permulaan anda dan kemudian pilih “Hidup”. • Imej permulaan tidak muncul apabila anda menghidupkan kamera dengan menekan [p] (MAIN). • Anda boleh menentukan syot kilat yang anda rakam sebagai imej permulaan atau anda boleh menggunakan imej permulaan khas yang disediakan dalam memori terbina dalam kamera.
Mengkonfigurasi Tetapan Waktu Dunia (Waktu Dunia) [SET] * MENU * Tab “Sediakan” * Waktu Dunia Anda boleh menggunakan skrin Waktu Dunia untuk melihat waktu semasa dalam zon yang berbeza daripada Bandar Rumah anda apabila anda pergi melancong, dsb. Waktu Dunia memaparkan waktu semasa di 162 bandar di 32 zon waktu di seluruh dunia. 1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Destinasi” dan kemudian tekan [6].
Pengecapan Masa Syot Kilat (Cap Masa) [SET] * MENU * Tab “Sediakan” * Cap Masa Anda boleh mengkonfigurasi kamera untuk mengecap tarikh rakaman sahaja atau tarikh dan masa di sudut kanan bawah setiap syot kilat. • Setelah maklumat tarikh dan masa dicap pada syot kilat, ia tidak boleh disunting atau dipadam. Contoh: Julai, 10, 2015, 1:25 ptg.
Menentukan Gaya Tarikh (Gaya Tarikh) [SET] * MENU * Tab “Sediakan” * Gaya Tarikh Anda boleh memilih daripada tiga gaya berbeza untuk tarikh. Contoh: Julai, 10, 2015 TT/BB/HH 15/7/10 HH/BB/TT 10/7/15 BB/HH/TT 7/10/15 Menentukan Bahasa Paparan (Language) [SET] * MENU * Tab “Sediakan” * Language . Tentukan bahasa paparan yang anda mahu. Pilih tab di bahagian kanan. Pilih “Language”. Pilih bahasa yang anda mahu.
Mengkonfigurasi Tetapan Kuasa Auto (Mati Kuasa Auto) [SET] * MENU * Tab “Sediakan” * Mati Kuasa Auto Mati Kuasa Auto mematikan kamera apabila tiada operasi kamera dilakukan untuk tempoh masa yang telah dipraset. Tetapan Masa Pemicu: 1 min, 2 min, 5 min (Masa pemicu sentiasa 5 minit dalam mod MAIN.) • Mati Kuasa Auto dinyahdaya di bawah mana-mana keadaan berikut.
Menyahdaya Pemadaman Fail (Ü Dinyahaktif) [SET] * MENU * Tab “Sediakan” * Ü Dinyahaktif Kamera tidak akan memulakan operasi padam imej apabila anda menekan [ ] (Padam) ketika “Ü Dinyahaktif” dihidupkan. Anda boleh melindungi daripada pemadaman imej secara tidak sengaja dengan memilih “Hidup” untuk “Ü Dinyahaktif”. • Melakukan operasi format (halaman 102) akan menyebabkan semua imej dipadam, walaupun pemadaman fail tidak dinyahdayakan (“Hidup” dipilih untuk “Ü Dinyahaktif”) untuk sesetengah imej.
Memformat Memori Terbina Dlm atau Kad Memori (Format) [SET] * MENU * Tab “Sediakan” * Format Jika kad memori dimuatkan dalam kamera, operasi ini akan memformat kad memori. Ia akan memformat memori terbina dalam jika tiada kad memori dimuatkan. • Operasi format akan memadam semua kandungan pada kad memori atau memori terbina dalam. Ia tak boleh dibuat asal. Pastikan anda tidak memerlukan sebarang data yang ada pada kad atau memori terbina dalam sebelum anda memformatnya.
Lampiran Peringatan Keselamatan *AMARAN Penunjuk ini menetapkan perkara yang mempunyai risiko menyebabkan kematian atau kecederaan serius jika produk digunakan dengan salah dengan mengabaikan penunjuk ini. *AWAS Penunjuk ini menetapkan perkara yang mempunyai risiko menyebabkan kecederaan dan kemungkinan berlakunya kerosakan fizikal hanya jika produk digunakan dengan salah dengan mengabaikan penunjuk ini.
*AMARAN . Denyar dan Fungsi Mengeluarkan Cahaya Lain • Jangan sekali-kali gunakan fungsi yang mengeluarkan cahaya di kawasan yang terdapat kemungkinan kebakaran atau adanya gas letupan. Keadaan sebegitu mewujudkan risiko kebakaran atau letupan. • Jangan nyalakan denyar atau gunakan fungsi yang mengeluarkan cahaya ke arah orang yang sedang mengendalikan kenderaan bermotor. Perbuatan itu boleh mengganggu pemandangan pemandu dan mengundang risiko kemalangan. # - .
*AMARAN • Jangan sentuh kord kuasa atau palam kuasa semasa ribut kilat. • Sebelum keluar, pastikan anda mencabut kord kuasa daripada punca kuasa dan letakkannya di tempat yang jauh daripada obejk yang digunakan oleh haiwan dan binatang peliharaan. Haiwan atau binatang peliharaan yang menggigit kord kuasa boleh menyebabkannya terpintas, membawa kepada risiko kebakaran. .
*AMARAN . Bateri Boleh Cas Semula + • Untuk mengecas bateri, hanya gunakan kaedah yang diterangkan secara khusus dalam manual ini. Cubaan mengecas bateri dengan cara yang tidak dibenarkan mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan. • Jangan mendedah atau merendam bateri dalam air tawar atau air masin. Perbuatan itu boleh merosakkan bateri dan menyebabkan prestasinya merosot dan pengurangan hayat perkhidmatan. • Bateri ini dibuat untuk kegunaan bersama Kamera digital CASIO sahaja.
*AWAS . Penyesuai USB-AC dan Kord Kuasa • Penyalahgunaan penyesuai USB-AC atau kord kuasa mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut. – Jangan sekali-kali tutup penyesuai USB-AC atau kord kuasa dengan seperai, selimut, atau penutup lain ketika ia sedang digunakan, dan jangan gunakannya berhampiran dengan pemanas. Berbuat demikian boleh mengganggu sinaran haba dan menyebabkan kawasan di sekelilingnya menjadi panas.
*AWAS . Sambungan • Jangan pasang sebarang peranti yang tidak ditetapkan untuk digunakan bersama kamera ini kepada penyambung. Menyambungkan peranti yang tidak ditetapkan mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. . Lokasi Tidak Stabil • Jangan letakkan kamera di permukaan yang tak stabil, di atas rak yang tinggi dsb. Perbuatan itu boleh menyebabkan kamera terjatuh, mewujudkan risiko kecederaan diri. - . Lokasi Yang Perlu Dielakkan • Jangan tinggalkan kamera di mana-mana jenis lokasi berikut.
*AWAS . Perlindungan Memori • Apabila mengganti bateri, pastikan prosedur yang betul diikuti seperti yang diterangkan dalam dokumen yang disertakan bersama kamera. Salah menggantikan bateri boleh menyebabkan kerosakan atau kehilangan data dalam memori kamera. . Denyar dan Fungsi Mengeluarkan Cahaya Lain + - • Jangan nyalakan denyar atau gunakan fungsi yang mengeluarkan cahaya ke arah orang dan terlalu dekat dengan muka seseorang. Perbuatan itu mewujudkan risiko kehilangan penglihatan.
Peringatan Semasa Penggunaan . Peringatan Ralat Data Kamera digital anda dihasilkan menggunakan komponen digital kepersisan. Manamana yang berikut mewujudkan risiko kerosakan data dalam memori kamera.
. Kanta • Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan kanta. Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan kanta dan menyebabkan kerosakan. • Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu, seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini adalah kerana sifat kanta tersebut dan tidak bermakna kamera telah rosak. . Menjaga kamera anda • Jangan menyentuh kanta atau tetingkap denyar dengan jari anda.
. Hak Cipta Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, penggunaan tanpa kebenaran imej tangkapan gambar atau filem yang haknya dimiliki orang lain, tanpa kebenaran pemilik yang sah, adalah dilarang oleh undang-undang hak cipta. Dalam sesetengah kes, penggambaran persembahan, pertunjukan, pameran awam dsb. mungkin dilarang sama sekali, walaupun ia adalah untuk kegunaan peribadi anda.
Bekalan Kuasa Mengecas . Jika lampu belakang kamera mula berkelip merah... • Suhu sekeliling atau suhu bateri mungkin terlalu tinggi atau terlalu rendah. Tanggalkan kabel USB dan tunggu sehingga suhu berada dalam julat pengecasan yang dibolehkan sebelum mencuba semula. • Titik sentuh bateri mungkin kotor. Lapkannya dengan kain kering. • Cuba sambungkan ke port USB komputer lain. Bergantung pada persediaan komputer anda, anda mungkin tidak boleh mengecas bateri kamera melalui sambungan USB.
Menggunakan Kamera di Negara lain . Peringatan semasa Penggunaan • Penyesuai USB-AC yang disertakan direka untuk pengendalian dengan sebarang bekalan kuasa dalam julat 100 V hingga 240 V AC, 50/60 Hz. Namun ambil perhatian bahawa bentuk palam kord kuasa bergantung pada setiap negara atau kawasan geografi. Sebelum membawa bersama kamera dan penyesuai USB-AC ketika berjalan, periksa dengan agen pelancongan mengenai keperluan bekalan kuasa di destinasi anda.
. Peringatan Pengendalian Kad Memori • Sesetengah jenis kad memori boleh melambatkan kelajuan pemprosesan. Di mana mungkin gunakan kad memori Ultra High-Speed Type. Namun ambil perhatian bahawa bukan semua operasi boleh dijamin walaupun kad memori Ultra High-Speed Type digunakan. Tetapan kualiti filem tertentu mungkin mengakibatkan masa yang lama digunakan untuk merakam data, di mana ini boleh menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio semasa main semula.
Tab “Sediakan” Eye-Fi Hidup Laras – Gaya Tarikh – Language – Bunyi Permulaan: Bunyi 1 / Pengatup Separa: Bunyi 1 / Pengatup: Bunyi 1 / Operasi: Bunyi 1 / = Operasi: ...//// / = Main: ...//// Tidur 1 min Mati Kuasa Auto 2 min REC Mati Permulaan Mati Ü Dinyahaktif Mati No. Fail Teruskan Video Keluar – Waktu Dunia – Format – Cap Masa Mati Set Semula – .
Apabila mengalami masalah... Pencarisilapan Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Bekalan Kuasa Kuasa tidak hidup. 1)Bateri mungkin tidak dimasukkan dengan betul (halaman 13). 2)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 14). Jika bateri mati sejurus dicas, ini bermakna bateri telah mencapai hujung hayatnya dan perlu diganti. Beli bateri ion litium boleh cas semula CASIO NP-80 yang tersedia secara berasingan. Kamera terpadam secara tiba-tiba.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Subjek tidak tepat fokusnya dalam imej yang dirakam. Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Semasa menyediakan imej, pastikan subjek terletak di dalam bingkai fokus. Denyar tidak nyala. 1)Jika ? (Denyar Mati) dipilih sebagai mod denyar, tukar ke mod lain (halaman 36). 2)Jika bateri mati, caskannya (halaman 14).
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Imej yang direkod tidak disimpan. 1)Kuasa kamera mungkin telah dimatikan sebelum operasi simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak disimpan. Jika penunjuk bateri menunjukkan , cas bateri secepat mungkin (halaman 17). 2)Anda mungkin telah mengeluarkan kad memori daripada kamera sebelum operasi simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak disimpan. Jangan keluarkan kad memori sebelum operasi simpan selesai.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Main semula Warna imej main semula berbeza daripada apa yang kelihatan di skrin monitor semasa penggambaran. Cahaya matahari atau cahaya daripada sumber lain mungkin memancar terus ke dalam kanta semasa anda sedang menangkap gambar. Letakkan kamera supaya cahaya matahari tidak memancar terus ke dalam kanta. Imej tidak dipaparkan. Kamera ini tak boleh memaparkan imej bukan DCF yang dirakam pada kad memori menggunakan kamera digital lain.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Skrin pilihan 1)Anda tidak mengkonfigurasi tetapan awal selepas membeli bahasa muncul bila kamera atau mungkin bateri dalam kamera telah mati. kamera Periksa persediaan kamera (halaman 18, 99). dihidupkan. 2)Mungkin terdapat masalah dengan data memori kamera. Jika ini keadaannya, lakukan operasi set semula untuk mengasal persediaan kamera (halaman 102). Setelah itu, konfigurasi setiap tetapan.
Mesej Paparan ALERT Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan kerana suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan tunggu sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk menggunakannya semula. Bateri lemah. Kuasa bateri rendah. RALAT Kad Ada masalah dengan kad memori. Matikan kamera, keluarkan kad memori dan kemudian masukkannya semula ke dalam kamera. Jika mesej ini muncul semula apabila anda menghidupkan kamera, format kad memori (halaman 102). • Memformat kad memori akan memadam semua failnya.
Kanta bertemu halangan semasa bergerak. Kamera akan CUBA SEMULA mati secara automatik apabila mesej ini muncul. Alih HIDUPKAN KUASA halangan dan hidupkan kuasa semula. SYSTEM ERROR Sistem kamera anda tercemar. Hubungi peruncit anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO. Kad dikunci. Suis KUNCI pada kad memori SD, SDHC atau SDXC yang dimasukkan dalam kamera berada dalam kedudukan dikunci. Anda tidak boleh menyimpan imej atau memadam imej daripada kad memori yang dikunci. Tiada fail.
Bilangan Syot Kilat/Masa Rakaman Filem/ Masa Rakaman Suara Syot Kilat Saiz Imej (Piksel) 16 M (4608x3456) 3:2 (4608x3072) 16:9 (4608x2592) 10 M (3648x2736) 5M (2560x1920) 3M (2048x1536) VGA (640x480) Kualiti Anggaran Saiz Fail Memori Terbina Dalam*1 Kapasiti Rakaman Kad Memori SD*2 Kapasiti Rakaman Halus 5.57 MB 7 2791 Normal 3.71 MB 11 4191 Halus 4.92 MB 8 3160 Normal 3.28 MB 12 4740 Halus 4.10 MB 9 3792 Normal 2.75 MB 14 5654 Halus 3.38 MB 12 4600 Normal 2.
Filem Saiz Imej/ Piksel (Audio) Anggaran Kadar Data (Kadar Bingkai) HD 1280x720 (Monaural) 30.2 Megabit/saat (30 bingkai/saat) STD 640x480 (Monaural) 10.6 Megabit/saat (30 bingkai/saat) Saiz Fail Maksimum Memori Terbina Dalam*1 Kapasiti Rakaman Masa Rakaman Maksimum dengan Kad Memori SD*2 Saiz Fail Filem 1 minit Masa Rakaman Berterusan setiap Filem*3 9 saat*4 1 jam 5 minit 23 saat 226.3 MB 17 minit 9 saat 28 saat 3 jam 6 minit 34 saat 79.
Spesifikasi Format Fail Syot kilat: JPEG (Exif Versi 2.3); standard DCF 2.0; komplian DPOF Filem: Gerakan JPEG AVI, audio IMA-ADPCM (monaural) Audio (Rakaman Suara): WAV (monaural) Media Rakaman Memori Terbina Dlm (Kaw Smpn Imej: 41.0 MB) SD/SDHC/SDXC Saiz Imej Dirakam Syot kilat: 16 M (4608x3456), 3:2 (4608x3072), 16:9 (4608x2592), 10 M (3648x2736), 5 M (2560x1920), 3 M (2048x1536), VGA (640x480) Filem: HD (1280x720), STD (640x480) Piksel Berkesan 16.10 Megapiksel Elemen Pengimejan Saiz: CCD 1/2.
Imbangan Putih Auto, Siang, Mendung, Bayangan, Siang Putih, Siang, Tungsten, WB Manual Kepekaan (Kepekaan Output Standard) Syot kilat: Auto, ISO 64, ISO 100, ISO 200, ISO 400, ISO 800, ISO 1600 setara Filem: Auto Mod Denyar Auto, Mati, Hidup, Pengurangan mata merah Jarak Denyar (Kepekaan ISO: Auto) Sudut Lebar: 0.4 m hingga 3.2 m Telefoto: 0.4 m hingga 1.7 m • Jarak dipengaruhi oleh zum optik. Masa Pengecasan Denyar Kira-kira maksimum 5 saat Skrin Monitor LCD warna TFT 3.
Anggaran Hayat Bateri Semua nilai yang disediakan di bawah menunjukkan anggaran jumlah masa di bawah suhu biasa (23°C) sebelum kamera mati. Nilai ini tidak dijamin. Suhu rendah memendekkan hayat bateri.
. Bateri ion litium boleh cas semula (NP-80) Voltan Berkadar 3.7 V Kemuatan Berkadar 700 mAh Keperluan Suhu Pengendalian 0 hingga 40°C Dimensi 31.4 (W) x 39.5 (H) x 5.9 (D) mm Berat Kira-kira 15 g . Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Kuasa Input 100 hingga 240 V AC, 50/60 Hz, 100 mA Kuasa Output 5.
CASIO COMPUTER CO., LTD.