User manual - EXZS20_Z690_M29_FC (Malay (macrolanguage))

97
Menggunakan Kamera dengan Komputer
8. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke Trash.
9. Pada kamera, tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera.
Selepas memeriksa untuk memastikan lampu belakang tidak menyala
atau merah menyala, tanggalkan kabel USB.
. Untuk melihat imej yang disalin
1. Dwiklik ikon pemacu kamera.
2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya.
3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 101.
Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin Macintosh
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
Jangan menanggalkan kabel USB atau mengendalikan kamera semasa melihat
atau menyimpan imej. Perbuatan itu boleh merosakkan data.
Jangan menggunakan komputer anda untuk mengubah suai, memadam,
mengalih atau menamakan semula sebarang fail imej yang berada dalam
memori terbina dalam kamera atau pada kad memorinya.
Perbuatan itu akan menyebabkan masalah pada data pengurusan imej kamera,
yang akan menjadikannya mustahil untuk memain semula imej pada kamera dan
boleh menukar kapasiti memori yang tinggal secara drastik. Apabila anda mahu
mengubah suai, memadam, mengalih atau menama semula imej, lakukannya
hanya pada imej yang disimpan pada komputer anda.