User manual - EXZS20_Z690_M29_FC (Malay (macrolanguage))
93
Menggunakan Kamera dengan Komputer
Jika anda mahu memindahkan imej dari komputer anda ke kamera, pasang Photo
Transport pada komputer anda.
. Untuk memasang Photo Transport
Muat turun pemasang Photo Transport dari laman sokongan kamera digital CASIO
(http://www.casio-intl.com/support/). Klik dua kali pemasang dan ikut arahan
pemasangan yang muncul pada skrin komputer anda.
• Untuk maklumat mengenai syarat-syarat pemasangan dan keperluan minimum
sistem komputer, lihat halaman 122.
. Untuk memindah imej ke kamera
1. Sambungkan kamera pada komputer anda (halaman 87).
2. Pada komputer anda, klik yang berikut: Start * All Programs *
CASIO * Photo Transport.
Ini memulakan Photo Transport.
3. Seret fail yang anda mahu pindah ke butang [Transfer].
4. Ikut arahan yang muncul pada paparan untuk melengkapkan
pemindahan.
• Butiran mengenai arahan yang muncul pada paparan dan imej yang dipindah
bergantung pada Persediaan Photo Transport anda. Untuk butiran, klik butang
[Settings] atau butang [Help] dan semak persediaan.
Pindah Data
• Hanya fail imej dengan sambungan berikut boleh dipindahkan ke kamera.
jpg, jpeg, jpe, bmp (imej bmp ditukar ke imej jpeg secara automatik apabila
dipindahkan.)
• Jenis imej tertentu mungkin tak boleh dipindah.
• Anda tidak boleh memindah filem ke kamera.
Memindah Imej daripada Komputer Anda ke Memori Kamera