User manual - EXZS20_Z690_M29_FC (Malay (macrolanguage))
92
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Untuk memuat naik fail filem ke YouTube
• Sebelum anda boleh menggunakan YouTube Uploader for CASIO, anda perlu
pergi ke laman web YouTube (http://www.youtube.com/) dan mendaftar sebagai
pengguna di sana.
• Jangan memuat naik filem yang berhak cipta (termasuk hak cipta tetangga)
melainkan anda sendiri memiliki hak cipta atau telah mendapat kebenaran
pemegang hak cipta yang berkenaan.
• Rakaman filem tunggal dengan pemandangan “Untuk YouTube” boleh mempunyai
saiz fail maksimum 2048 MB atau masa rakaman sehingga 15 minit.
• Saiz fail maksimum untuk setiap muat naik ialah 2048 MB.
1. Pada menu pemandangan BEST SHOT, pilih pemandangan “Untuk
YouTube” (halaman 51).
2. Tekan [0] (Filem) untuk merakam filem.
3. Jika komputer anda belum bersambung ke Internet, sambungkannya.
4. Sambungkan kamera pada komputer anda (halaman 87).
• Ini akan menyebabkan pengecasan bermula (halaman 15).
5. Hidupkan kamera.
YouTube Uploader for CASIO akan mula secara automatik.
• Jika ini adalah kali pertama anda menggunakan aplikasi ini, konfigurasi ID
pengguna YouTube dan tetapan sekitaran rangkaian dan kemudian klik butang
[OK].
6. Bahagian kiri paparan akan mempunyai kawasan untuk memasukkan
tajuk, kategori dan maklumat lain yang diperlukan untuk memuat naik
ke YouTube. Masukkan maklumat yang diperlukan.
7. Bahagian kanan paparan menunjukkan senarai fail filem dalam memori
kamera. Tanda kotak semak di sebelah fail filem yang anda mahu muat
naik.
8. Apabila semua telah sedia, klik butang [Upload].
Ini akan memuat naik fail filem ke YouTube.
• Setelah muat naik selesai, klik butang [Exit] untuk keluar dari aplikasi.