User manual - EXZS20_Z690_M29_FC (Malay (macrolanguage))

90
Menggunakan Kamera dengan Komputer
Jangan menanggalkan kabel USB atau mengendalikan kamera semasa melihat
atau menyimpan imej. Perbuatan itu boleh merosakkan data.
Windows Media Player, yang dipasang pada kebanyakan komputer, boleh digunakan
untuk main semula filem. Untuk main semula filem, mula-mula salin filem ke
komputer anda dan kemudian dwiklik fail filem.
. Keperluan Sistem Komputer Minimum untuk Main Semula Filem
Keperluan sistem minimum yang diterangkan di bawah adalah perlu untuk memain
semula filem yang direkod dengan kamera ini pada komputer.
Di atas adalah sekitaran sistem yang disarankan. Mengkonfigurasi satu daripada
sekitaran ini tidak menjamin pengendalian yang betul.
Tetapan tertentu dan perisian lain yang dipasang boleh menganggu main semula
filem.
Jangan menggunakan komputer anda untuk mengubah suai, memadam,
mengalih atau menamakan semula sebarang fail imej yang berada dalam
memori terbina dalam kamera atau pada kad memorinya.
Perbuatan itu akan menyebabkan masalah pada data pengurusan imej kamera,
yang akan menjadikannya mustahil untuk memain semula imej pada kamera dan
boleh menukar kapasiti memori yang tinggal secara drastik. Apabila anda mahu
mengubah suai, memadam, mengalih atau menama semula imej, lakukannya
hanya pada imej yang disimpan pada komputer anda.
Memainkan Filem
Sistem Pengendalian : Windows 7, Windows Vista, Windows XP (SP3)
CPU : Kualiti Imej “HD”:
Pentium 4 3.2 GHz atau lebih tinggi
Kualiti Imej “STD”:
Pentium M 1.0 GHz atau lebih tinggi
Pentium 4 2.0 GHz atau lebih tinggi
Perisian yang Diperlukan : Windows Media Player, DirectX 9.0c atau lebih tinggi