User manual - EXZS20_Z690_M29_FC (Malay (macrolanguage))
87
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Keperluan Sistem Komputer untuk Perisian
Keperluan sistem komputer berbeza mengikut aplikasi. Maklumat mengenai
keperluan sistem komputer juga boleh didapati di bawah “Keperluan Sistem
Komputer untuk Perisian (Untuk Windows)” pada halaman 122 manual ini.
. Peringatan untuk Pengguna Windows
• Perisian memerlukan hak istimewa Pentadbir untuk dijalankan.
• Operasi pada komputer yang dibuat sendiri tidak disokong.
• Operasi mungkin tidak dapat dilakukan di bawah keadaan komputer tertentu.
Anda boleh menyambungkan kamera ke komputer anda bagi melihat dan
menyimpan imej (fail syot kilat dan filem).
• Anda juga boleh menggunakan slot kad komputer anda (jika ia memilikinya) atau
pembaca kad yang tersedia secara komersil untuk mencapai fail secara terus dari
kad memori komputer. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang disertakan
bersama komputer anda.
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan
fail
1. Hidupkan kamera. Kemudian, tekan [SET] dan kemudian paparkan
menu RKM (halaman 55) atau menu MAIN (halaman 71).
2. Pada tab “Sediakan”, pilih “USB” dan kemudian tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Storan Massa” dan kemudian
tekan [SET].
Melihat dan Menyimpan Imej di Komputer