User manual - EXZS20_Z690_M29_FC (Malay (macrolanguage))

33
Tutorial Syot Kilat
Tutorial Syot Kilat
Panel Kawalan boleh digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan kamera.
1. Dalam mod RKM, tekan [SET].
Ini akan memilih satu daripada ikon Panel Kawalan dan memaparkan
tetapannya.*
* Item yang dipaparkan dalam panel kawalan bergantung pada mod rakaman.
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tetapan yang anda mahu tukar.
* Kualiti imej syot kilat tidak boleh ditukar menggunakan Panel Kawalan.
3. Gunakan [4] dan [6] untuk menukar tetapan.
4. Jika anda mahu mengkonfigurasi tetapan lain, ulangi langkah 2 dan 3.
5. Setelah semua tetapan ditetapkan seperti yang anda mahu, tekan
[SET].
Ini akan menggunakan tetapan dan kembali ke mod RKM.
Jika anda memilih “MENU”, menu RKM akan muncul.
Jika anda memilih “BS”, menu pemandangan BEST SHOT akan muncul.
Anda boleh menutup Panel Kawalan dengan menekan [ ] (Padam).
Menggunakan Panel Kawalan
Panel Kawalan
Tetapan yang Tersedia
1
9
5
3
4
7
8
2
6
[SET]
[8] [2] [4] [6]
1
Saiz/kualiti imej syot kilat*
(halaman 34, 64)
2
Kualiti imej filem (halaman 37)
3
Denyar (halaman 38)
4
Pemasa kendiri (halaman 40)
5
Pengecaman Muka (halaman 41)
6
Pencahayaan (halaman 42)
7
Mod mudah (halaman 42)
8
Paparan menu RKM (halaman 55)
9
Pemilihan pemandangan BEST
SHOT (halaman 51)