User manual

42
Tutorial Syot Kilat
4. Halakan kamera pada subjek.
Jika kamera mengesan muka manusia, ia terus memfokus pada muka
(halaman 40).
Jika kamera tidak mengesan muka, ia terus memfokus pada tengah skrin.
Kamera akan memfokus dan bingkai fokus akan bertukar hijau.
5. Apabila anda telah sedia untuk menangkap, tekan butang pengatup.
Ini akan merakam syot kilat.
Getaran dan hingar akan berlaku kerana operasi kanta. Ini tidak bermakna berlaku
kerosakan.
. Panel Kawalan Mod mudah
Dalam mod mudah, Panel Kawalan memberikan anda capaian kepada empat item
tetapan: Saiz imej, Denyar, Pemasa kendiri dan Mod mudah. Terdapat juga opsyen
“MENU”, di mana anda boleh memilih untuk memaparkan skrin menu untuk
mengkonfigurasi tetapan kualiti imej (halaman 63) dan tab Persediaan
(halaman 102).
Dalam mod mudah, tab Kualiti boleh digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan
“Kualiti Filem” dan “Pencahayaan” sahaja.
Tetapan opsyen menu yang muncul pada menu RKM normal tetapi bukan pada
menu RKM mod mudah ditetapkan secara automatik pada tetapan optimum
mereka. Tetapan tetap ini tidak menjejaskan tetapan menu RKM normal.
1. Dalam mod mudah, tekan [SET].
Dalam mod mudah, aksara yang muncul di skrin
tetapan adalah lebih besar daripada dalam mod
lain.
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih
tetapan yang anda mahu tukar.
1
Saiz Imej (halaman 33)
2
Denyar (halaman 37)
3
Pemasa kendiri (halaman 39)
4
Mod mudah (halaman 41)
5
Paparan menu RKM (halaman 54)
1
5
3
4
2