User manual - EXZS150_M29_FB (Malay (macrolanguage))
73
Lain-lain Fungsi Main Semula (MAIN)
Mod Senyap mematikan bunyi operasi kamera supaya anda boleh mengelak
daripada menganggu orang di sekitar anda apabila memainkan semula imej.
1. Dalam mod MAIN, tekan [SET].
2. Pada panel MAIN (halaman 70), gunakan [8] dan [2] untuk memilih
item kedua dari bawah pada Panel MAIN (Senyap) dan kemudian tekan
[SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hidup” dan kemudian tekan
[SET].
Ini memasuki Mod Senyap, yang ditunjukkan dengan m pada skrin monitor.
Tetapan “Bunyi” (halaman 102) bertukar ke “Mati” dalam mod Senyap secara
automatik.
[p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [SET] * MENU * Tab MAIN *
Putaran
1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Putaran” dan kemudian tekan
[SET].
Setiap tekanan [SET] akan memutar imej yang dipaparkan 90 darjah ke kiri.
2. Apabila imej yang dipaparkan berada pada penghalaan yang anda
mahu, tekan [ ] (Padam).
• Perhatikan bahawa prosedur ini tidak menukar data imej. La cuma mengubah cara
imej dipaparkan pada skrin monitor kamera.
• Imej yang telah dilindungi atau dizum tak boleh diputar.
• Versi asal (tak diputar) imej akan dipaparkan pada skrin menu imej.
Mainkan Semula tanpa Menganggu Orang Lain (Mod Senyap)
Memutar Imej (Putaran)